JPA Daily Buzz - Edisi 22 2025

Edisi 22/ 2025 20 November 2025 Ada bunga yang mekar untuk dipandang dan ada juga bunga yang mekar membawa kisah. Kisah yang bermula lebih 100 juta tahun dahulu, jauh sebelum dunia menjadi seperti yang kita kenal hari ini. Begitulah magnolia. Ia muncul pada zaman ketika lebah belum wujud, tiada dengung lembut di udara, dan tiada pendebunga yang biasa kita bayangkan. Namun, magnolia tetap hidup. Ia memilih kekuatan sebagai pertahanan dengan kelopak yang tebal untuk menahan gigitan kumbang, dan bau lembut yang menarik pendebunga yang sesuai. Saat kumbang merayap dan mengunyah di antara kelopaknya, mereka tanpa sedar membawa debunga dan menyambung kelangsungan bunga ini dari satu generasi ke generasi seterusnya. Magnolia pun terus mekar bukan kerana dunia memudahkannya, tetapi kerana ia bijak menyesuaikan diri, berakar pada asalnya, dan setia pada kekuatannya sendiri. Hari ini, setiap pokok magnolia yang kita lihat adalah saksi hidup bahawa ketahanan bukan bernasib baik tetapi ia lahir daripada mengenal asal-usul, berdiri teguh, dan tidak melupakan sejarah diri. m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pengukir Bicara Nadiah Begum Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Magnolia: Lembut Mekarnya, Dalam Pesannya

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy