JPA Daily Buzz - Edisi 19 2025

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pengukir Bicara Nadiah Begum Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Edisi 19/ 2025 14 November 2025 Satu Reruai, Satu Hati: Bila Kita Berkhidmat Bersama, Rakyat Merasainya Apabila anda melangkah ke reruai JPA, anda mungkin melihat pegawai pencen sedang menggantung bunting, pegawai psikologi menyusun peralatan, pegawai penajaan mengagihkan risalah atau pasukan UKK memastikan susun atur berjalan lancar. Berbeza skim, berbeza gred, berbeza latar namun pada saat itu, semuanya berkongsi satu identiti: Jabatan Perkhidmatan Awam, berkhidmat untuk rakyat. Semuanya bermula seperti acara jabatan biasa dengan jadual, senarai semak, dan terlalu banyak peringatan dalam WhatsApp. Namun sesuatu yang luar biasa berlaku apabila mereka daripada latar berbeza hadir bukan sebagai pangkat, tetapi sebagai rakan sepasukan. Tugasan “menjaga reruai” mungkin kedengaran mudah, tetapi ia sebenarnya mencerminkan siapa kita di JPA. Anda akan lihat pegawai PTD berkongsi idea dengan pembantu tadbir, kerani bekerjasama dengan pegawai psikologi, dan pegawai perhubungan awam memeriksa hasil akhir. Pangkat dan skim hilang makna; yang tinggal hanyalah semangat berkhidmat denyut nadi yang sama yang menggerakkan setiap perkhidmatan kita untuk rakyat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy