Garis Panduan Pengurusan Intervensi Bersepadu

15 Pemantauan (LAMPIRAN D3) dan mengemukakannya kepada Pengurus Sumber Manusia setelah tamat tempoh pemantauan. 14. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Sekiranya Pegawai Psikologi mendapati terdapat keperluan untuk ahli AKRAB menjalankan sesi bimbingan atau aktiviti yang bersesuaian, Pegawai Psikologi boleh memadankan ahli AKRAB yang bersesuaian untuk menjalankan sesi bimbingan kepada pegawai. 14.1 Fasa 3 : Intervensi (Bimbingan) a) Menerima rujukan daripada Pegawai Psikologi; b) Menghubungi pegawai dan menetapkan temujanji untuk sesi bimbingan; c) Mengadakan perbincangan bersama dengan Pengawai Psikologi dalam merancang sesi bimbingan (jika perlu); d) Menjalankan sesi bimbingan dalam tempoh masa yang ditetapkan; e) Melibatkan ahli keluarga pegawai dalam sesi bimbingan (jika perlu); dan f) Mengemukakan Laporan Akhir Bimbingan (LAMPIRAN C12) kepada Pegawai Psikologi. 15. Pegawai 15.1 Fasa 2 : Saringan a) Menghadiri sesi temubual bersama Pegawai Psikologi seperti yang diarahkan oleh Pengurus Sumber Manusia; dan b) Menduduki penilaian psikologi seperti mana yang dirancangkan oleh Pegawai Psikologi. 15.2 Fasa 3 : Intervensi dan Pemantauan a) Mematuhi arahan Ketua Jabatan untuk menjalani sesi intervensi. Kegagalan pegawai menjalani sesi intervensi boleh menyebabkan beliau dikenakan tindakan tatatertib seperti mana yang ditakrifkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu ditafsirkan ‘Ingkar Perintah’ dalam Sub-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy