Garis Panduan Pengoperasian Inisiatif Pemerkasaan Institut Latihan Awam (ILA)
8 Penarafan Tahap Kategori ILA 13. Usaha pemerkasaan ILA perlu bermula dengan mengenal pasti tahap sedia ada dan hala tuju yang ingin dicapai untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Oleh itu, terdapat enam (6) tahap kategori yang dicadang untuk memandu ILA supaya menuju ke tahap yang lebih baik berdasarkan kompleksiti fungsi dan peranan. Sasaran akhir ILA yang mempunyai potensi dan kekuatan adalah ke arah CoE . 14. Selanjutnya, satu model penarafan kematangan telah direka bentuk bagi memandu pembangunan dan pemerkasaan ILA secara strategik. Model ini sebagaimana pada Rajah 2 menggariskan hala tuju ILA melalui enam (6) tahap kemajuan, iaitu bermula dari Tahap 1 (Pra-Asas) , Tahap 2 (Asas), Tahap 3 (Berkembang) , Tahap 4 (Matang) , Tahap 5 (Transformasi) dan yang tertinggi adalah Tahap 6 (CoE). Peralihan antara tahap kemajuan diukur berdasarkan keupayaan ILA melaksanakan sebahagian atau keseluruhan 14 fungsi utama yang telah dikenal pasti. Huraian mengenai tahap dan kategori tersebut adalah seperti pada Jadual 2. Rajah 2: Model Penarafan ILA Mengikut Tahap Kematangan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy