DGCCR Sektor Awam

Latar Belakang Overview Initiative Kajian Pembangunan dan Pelaksanaan Rangka Kerja Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Sektor Awam yang mengambil kira pendekatan secara Whole-of- Government (WoG) dan merangka secara komprehensif hala tuju pembangunan modal insan sektor awam di era kerajaan digital telah selesai dilaksanakan pada Februari 2018. Kajian ini membantu sektor awam untuk mengenalpasti set kemahiran digital yang bersesuaian dan menjadi penanda aras untuk membangunkan bakat penjawat awam merentas skim perkhidmatan, multi-disiplin dan pelbagai peringkat jawatan. Hasil daripada kajian tersebut, sebanyak 17 kompetensi digital bagi keupayaan organisasi dan lapan (8) kompetensi digital bagi keupayaan individu telah dikenal pasti. Susulan itu, melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sebelas 2016 - 2020, Rangka Kerja DGCCR ini sedang diterapkan ke dalam perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membangunkan model pengoperasian kerajaan digital dan digunapakai sebagai pendekatan berstruktur serta menyeluruh bagi menyediakan pengurusan bakat yang lengkap.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy