JPA Daily Buzz - Edisi 9 2026

m/s 2 Pada akhirnya, isu selipar bukan tentang “kasut”. Ia tentang mesej. Ia tentang budaya. Ia tentang standard. Ia tentang bagaimana organisasi seperti JPA menjaga imej dan kredibiliti, bukan melalui perkara besar sahaja, tetapi melalui disiplin kecil yang konsisten. Dalam perkhidmatan awam, kita tidak perlu menjadi terlalu tegang, tetapi kita juga tidak boleh terlalu longgar. Profesionalisme bukan tentang kesempurnaan tetapi profesionalisme ialah tentang kesedaran. Selipar itu selesa, tetapi imej organisasi itu amanah. Renung- renungkan. Selain imej dan tatakelola, satu aspek yang sering terlepas pandang ialah keselamatan dan risiko. Selipar bukan kasut keselamatan. Lantai pejabat boleh licin, tangga boleh berbahaya, dan pergerakan harian di tempat kerja sebenarnya penuh risiko kecil yang kita selalu anggap remeh. Bila berlaku tergelincir, terseliuh, atau terjatuh, isu itu bukan lagi isu selipar. Ia menjadi isu keselamatan pekerjaan, laporan insiden, dan potensi implikasi insurans. Dalam organisasi, perkara yang nampak kecil boleh menjadi besar apabila melibatkan kecederaan dan liabiliti. Isu insurans pula bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi untuk mengingatkan bahawa organisasi perlu mengurus risiko secara bertanggungjawab. Dalam pengurusan risiko, kita tidak menunggu sesuatu berlaku baru kita bertindak. Kita mengurangkan kemungkinan. Selipar di tempat yang tidak sesuai meningkatkan kemungkinan. Dan apabila kemungkinan meningkat, risiko organisasi juga meningkat. Dalam bahasa tatakelola, ini dipanggil “preventive control”. Dalam bahasa mudah, ini dipanggil “jaga-jaga sebelum jadi hal”. Jadi bagaimana kita mahu menangani perkara ini secara matang dan realistik? Jawapannya bukan dengan melarang secara membuta tuli. Sebaliknya, kita boleh mengambil pendekatan yang seimbang. Selipar untuk wuduk adalah keperluan itu tidak dinafikan. Tetapi selipar di ruang kerja, ruang pelanggan, ruang mesyuarat atau kawasan rasmi perlu dielakkan. Jika perlu, kita boleh amalkan budaya yang lebih kemas iaitu simpan selipar khas untuk wuduk, dan kembali memakai kasut atau kasut yang sesuai apabila kembali ke ruang kerja. Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy