JPA Daily Buzz - Edisi 8 2026
m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Dalam perkhidmatan awam, kita sering bercakap tentang kepercayaan. Kita menyebutnya dalam ucapan, kita tekankan dalam mesyuarat, dan kita jadikan ia sebagai asas kepada nilai kerja. Namun hakikatnya, kepercayaan bukan sesuatu yang boleh diminta tetapi ia sesuatu yang mesti dibina. Ia tidak datang melalui slogan yang cantik, tetapi melalui tindakan yang konsisten, terutama ketika tiada siapa memerhati. Di sinilah pentingnya tiga perkara yang sering disebut tetapi kadangkala dianggap “terlalu biasa” untuk diberi perhatian iaitu integriti, rasuah dan tatakelola . Integriti dalam perkhidmatan awam boleh diibaratkan seperti “WiFi kepercayaan” . Apabila integriti kukuh, hubungan antara organisasi dan rakyat menjadi stabil dan mesej jelas, keputusan diyakini, dan perkhidmatan berjalan lancar. Namun apabila integriti lemah, keyakinan mula “buffering”; timbul persoalan, persepsi negatif, dan ruang spekulasi menjadi semakin luas. Dalam keadaan ini, rasuah ibarat “virus” yang mengganggu sistem, manakala tatakelola pula berfungsi sebagai “firewall” yang melindungi organisasi daripada risiko dan memastikan semua proses kekal telus serta boleh dipertahankan. Edisi 8/ 2026 11 Februari 2026 Integriti, Rasuah & Tatakelola = WiFi Kepercayaan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy