JPA Daily Buzz - Edisi 65 2026

Pada masa yang sama, ada juga pihak yang berhujah bahawa pertanian moden berskala besar sukar memenuhi permintaan dunia tanpa penggunaan racun perosak. Jadi perdebatan ini masih berterusan. Secara peribadi? Saya tidak panik. Saya tidak terus membuang semua buah beri di rumah dan saya juga tidak mahu terjebak dalam teori konspirasi. Tetapi saya rasa lebih sedar. Selepas membaca lebih lanjut tentang pertanian yang bergantung kepada penggunaan racun perosak secara intensif, saya mungkin akan mula mempelbagaikan sumber pembelian buah-buahan saya terutamanya beri. Mungkin lebih banyak pilihan dari: New Zealand Australia Spain atau ladang organik jika ada pilihan. Bukan sebab saya tiba-tiba percaya semua beri itu berbahaya. Tetapi sebab menjadi pengguna yang lebih peka itu penting dan kebetulan, esok hari Sabtu. Mungkin ramai antara kita akan ke pasar raya, pasar pagi atau kedai runcit untuk membeli barang dapur hujung minggu nanti. Jadi mungkin ini cuma peringatan kecil untuk kita semua: ✔ Basuh buah dan sayur dengan betul; ✔ Semak label dan negara asal produk; ✔ Jangan terus percaya semua perkara viral; ✔ Tetapi jangan abaikan isu kesihatan awam yang sah juga; dan ✔ Sentiasa ambil tahu tentang apa yang kita makan setiap hari Kadang-kadang, persoalan paling besar bermula daripada perkara paling biasa yang ada di dalam peti sejuk kita sendiri. m/s 3 Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy