JPA Daily Buzz - Edisi 6 2026
m/s 3 Kita cerakinkan atau terjemah menjadi bahasa rakyat dan kita pulangkan semula kepada pemilik projek atau produk untuk pastikan satu perkara iaitu bahasa jadi mudah, tetapi maksud kekal sama. Bahasa mudah, maksud sama. Dari situ kita bina semuanya iaitu headline, subheadline, key messages, artwork dan strategi di belakangnya. Brand strategy, communication strategy dan marketing strategy . Kita tentukan mana yang boleh “earned” melalui PR dan networking, mana yang perlu content pendidikan, dan mana (hanya jika perlu) yang perlukan paid support . Kalau kita faham semua ini, barulah layak kita panggil diri kita communications strategist . Kalau ada bahagian yang kita masih belum mahir, itu normal. Bertanya, belajar dan bina “range”. Pengalaman mengajar spektrum penuh dan spektrum itulah yang menjadikan kita tajam. Akhirnya, total communication itu bukan rumit. Kita cuma perlukan fakta, angka dan kebolehan untuk jadikan ia bahasa manusia. Ada yang nak “free class” tak secara santai tentang beza branding, PR, advertising dan marketing, saya sedia kongsi. Jom kopi dan awak bawa soalan. . Komunikasi itu bukan rumit. Yang rumit ialah kekeliruan. Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy