JPA Daily Buzz - Edisi 6 2026
m/s 2 Sebab itu kalau kita nak sampaikan sesuatu yang baharu seperti dasar, prosedur, penambahbaikan perkhidmatan, kita tak boleh cakap sekali dan berharap orang ingat. Kita perlu ulang secara konsisten, guna pelbagai deria. Orang perlu nampak, dengar, baca, dan alami. Dalam dunia komunikasi, ini bermaksud guna pelbagai saluran iaitu digital, cetak, siaran, dalaman dan luaran. Itulah total communication. Sekarang biar saya terangkan tentang komunikasi dalaman dan luaran sebab dekat sinilah ramai orang rasa mereka “faham”… sampai realiti menampar perlahan. Komunikasi dalaman bukan sekadar “hantar e-mel” dan berharap semua orang baca. Ia tentang penyelarasan. Ia memastikan orang dalam organisasi iaitu pemilik polisi, frontliner , pasukan sokongan dan pengurusan bercakap naratif yang sama dengan maksud yang sama. Komunikasi dalaman ialah tempat kekeliruan mesti mati awal, sebelum ia keluar jadi isu luar. Komunikasi luaran pula bukan sekadar “posting untuk likes.” Ia tentang pengurusan persepsi. Ia menentukan bagaimana rakyat faham, percaya, dan menilai kredibiliti mesej kita. Dunia luaran bergerak laju, emosi bergerak lebih laju, dan salah faham bergerak paling laju. Sebab itu dalaman mesti kukuh dahulu kerana bila rakyat bertanya, orang dalamanlah yang akan jawab. Jadi ya, dalaman dan luaran itu dua dunia berbeza tetapi mesti bercakap dalam satu bahasa. Sebelum apa-apa kempen keluar, kita juga mesti arif apa yang nak disampaikan kepada rakyat. Maknanya kita kena duduk dengan semua orang penting dalam organisasi termasuk pemilik polisi, subject matter expert , orang yang tahu A sampai Z dan orang yang pegang angka dan sempadan. Kemudian barulah kerja communicator bermula iaitu menterjemah . Psikologi dalam komunikasi bukan semestinya teori berat. Ia tentang tingkah laku manusia yang asas iaitu apa yang orang akan perasan, apa yang orang akan abaikan, apa yang buat orang percaya, apa yang buat orang marah, dan apa yang buat orang kongsi. Bila kita faham benda ini, kita tak bazir sumber. Kita berbelanja dengan berhemah atau dalam bahasa rakyat bukan “belanja macamduit bapak kita.” Sekarang, mari saya jelaskan kekeliruan yang biasa berlaku. Branding, advertising, PR dan marketing… itu bukan topi yang sama. Advertising ialah promosi berbayar . Ia ada tempatnya. Tapi kalau strategi kita hanya “bayar”, kita akan terlepas kuasa PR dan kredibiliti. PR ialah kepercayaan yang “earned” iaitu promosi percuma yang datang kerana hubungan, timing, naratif yang kuat dan konsisten . Bila kita pandai position cerita dan bina networking , kita tak semestinya perlu kejar perhatian. Kadang- kadang perhatian akan datang kepada kita. Branding pula bukan menjual. Branding ialah makna, apa rasa orang bila dengar nama kita. Menjual itu marketing . Marketing fokus conversion. Branding fokus belief. Objektif berbeza, alat berbeza. Kalau ini kedengaran banyak, tak mengapa. Bidang komunikasi memang luas dan kita semua sedang belajar. Saya berkongsi kerana perkara ini banyak membantu saya elakkan pembaziran masa, bajet dan tenaga lebih-lebih lagi dalam kerajaan, setiap ringgit dan setiap minit itu ada amanahnya. Sekarang kita masuk bab komunikasi menyeluruh (total communication) . Manusia hidup dengan habit. Letak kunci kereta dan kunci rumah tempat sama setiap hari. Satu pagi kunci tak ada, terus panik. Itu bukan drama. Itu psikologi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy