JPA Daily Buzz - Edisi 50 2026
m/s 2 Pada pandangan pertama, ini mungkin kelihatan menarik. Seolah-olah alam sedang mencipta sesuatu yang baharu. Ya, dari satu sudut, ini menunjukkan keupayaan alam untuk menyesuaikan diri. Lebih menarik lagi, hibrid ini bukan sekadar fenomena sekali sahaja. Kajian menunjukkan ia mampu membiak yang menandakan ini mungkin bukan sekadar anomali, tetapi satu bentuk adaptasi. Dalam masa yang sama, para saintis melihat ini sebagai satu petunjuk yang lebih serius kerana apabila sesuatu yang baharu muncul, mungkin ada sesuatu yang lama sedang hilang. Kewujudan pizzly atau grolar bear ini mungkin menandakan perubahan besar dalam ekosistem dan kemungkinan kehilangan habitat asal beruang kutub. Malah, dalam jangka masa panjang, ia mungkin memberi kesan kepada kelangsungan spesies itu sendiri. Bila saya fikir semula, cerita ini bukan sekadar menarik. Ia seperti satu peringatan senyap, tetapi jelas. Tidak semua perubahan yang kelihatan unik itu sesuatu yang baik. Kadang-kadang, ia tanda bahawa sesuatu telah berubah lebih jauh daripada yang kita sedar. Sebenarnya, ia bukan hanya berlaku di Artik. Perubahan iklim juga memberi kesan kepada ekosistem yang lebih dekat dengan kita termasuk hutan hujan tropika. Haiwan-haiwan menyesuaikan diri, berpindah, atau bergelut untuk terus hidup dalam keadaan yang semakin berubah. Dalam banyak keadaan, perubahan ini bukan berlaku secara semula jadi sepenuhnya. Ia ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan tindakan manusia. Saya tidak menulis ini untuk jadi berat. Cuma sesuatu yang ringan dan sedikit berbeza. Tetapi mungkin ada sedikit ruang untuk kita fikirkan bersama. Kadang-kadang, perkara yang nampak kecil atau pelik seperti seekor beruang dengan dua nama sebenarnya membawa cerita yang lebih besar tentang dunia kita. Jadi, lain kali kalau terdengar perkataan pizzly atau grolar mungkin ia bukan sekadar nama yang unik. Tetapi satu kisah tentang perubahan, penyesuaian, dan bagaimana alam terus mencari jalan walaupun peraturannya semakin berubah. Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy