JPA Daily Buzz - Edisi 50 2026

m/s 1 Behind every story, there is a team that works with heart. The Pulsekeeper Dr. Diyana Hassim The VisionWhisperer Norazizul The Pixel Alchemist Sabrina The Buzz Architect Lidyawati The Buzzkeeper Nurfazlina The Light Catcher Syukran The Buzz Crew Sejak kebelakangan ini, saya ada menerima beberapa mesej daripada anda, ada yang berkongsi pandangan, ada juga yang minta saya tulis sesuatu yang lebih ringan tidak terlalu serius. Katanya, artikel-artikel ini sedikit sebanyak membantu menenangkan fikiran. Jujurnya, saya rasa sangat gembira bila baca mesej-mesej itu. Jadi hari ini, saya nak cuba sesuatu yang sedikit berbeza. Ye, mungkin agak pelik juga topiknya. Hari ini saya nak bercerita tentang sesuatu yang dipanggil pizzly atau grolar bear. Pelik kan? Selama ini kita cuma kenal grizzly bear atau polar bear. Jadi bila pertama kali saya terbaca istilah ini, saya terus terfikir, “Betul ke ni?, atau saja-saja bagi nama?”. Sebenarnya, ia memang wujud. Saya mula baca tentangnya dalam National Geographic beberapa tahun lepas, dan sampai sekarang masih teringat bukan sebab namanya sahaja, tetapi kerana cerita di sebaliknya. Macam mana ia boleh wujud? Jawapannya agak mudah iaitu perubahan iklim. Selama ribuan tahun, beruang kutub dan beruang grizzly hidup dalam dunia yang berbeza. Beruang kutub di kawasan ais Artik. Beruang grizzly pula di kawasan hutan dan tundra. Mereka tidak pernah bertemu. Alam semula jadi ada sempadannya sendiri. Namun, apabila suhu dunia semakin meningkat, ais di Artik mula mencair. Habitat berubah. Sempadan yang dulu jelas kini semakin kabur. Apabila itu berlaku, kedua-dua spesies ini mula bertembung. Pada tahun 2006, hibrid pertama antara beruang kutub dan beruang grizzly dikenal pasti di Kanada. Hasilnya, lahirlah sesuatu yang unik. Seekor beruang yang membawa gabungan kedua- duanya: warna dan keupayaan berenang beruang kutub; dan kekuatan serta kebolehsuaian beruang grizzly Malah, ada yang lebih besar daripada beruang grizzly biasa. Pizzly, Grolar atau Cara Alam Pizzly, Grolar atau Cara Alam Menyesuaikan Diri? Menyesuaikan Diri? 21 April 2026 Edisi 50/ 2026

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy