JPA Daily Buzz - Edisi 43 2026
m/s 2 Pada ketika itu, saya tersedar sesuatu yang agak peribadi. Saya tidak pernah benar-benar bekerja zaman tanpa internet . Segala maklumat hanya satu carian sahaja dan saya tertanya-tanya, jika internet tiada, apa yang saya masih tahu?; dan bagaimana saya akan bekerja? Saya masih sempat melalui zaman ensiklopedia, buku rujukan dan rancangan seperti National Geographic. Tetapi hari ini, ada generasi yang belajar melalui YouTube, mencari jawapan melalui TikTok, dan mungkin kurang membaca. Lalu terlintas satu persoalan, adakah kita terlalu bergantung kepada sesuatu yang kita tidak benar-benar faham? Saya sempat bertanya kepada bapa saya. Beliau hanya ketawa. “Saya lebih senior daripada bos awak. Ramai antara mereka pernah bekerja tanpa internet, jangan risau, they know what to do .” Ayat itu membuatkan saya berhenti seketika. Sebelum internet: kerja tetap berjalan keputusan tetap dibuat sistem tetap berfungsi Mungkin tidak sepantas hari ini, tetapi tetap berjalan. Mungkin di situlah letaknya satu perkara yang penting bahawa dalam apa jua keadaan, pengalaman dan kebijaksanaan tetap menjadi sandaran . Kita berharap gangguan besar tidak berlaku, namun sekiranya berlaku, sistem dan kepimpinan masih mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri . Kemudian bapa saya menyebut sesuatu yang lebih besar bahawa Malaysia mempunyai satu kelebihan yang sering kita pandang ringan iaitu kedudukan geografi . Selat Melaka bukan sekadar laluan kapal. Ia adalah antara laluan perdagangan paling sibuk di dunia. Dalam dunia yang bergantung kepada pergerakan sama ada barang atau data, lokasi seperti ini membawa makna yang besar. Kemudian saya terfikir, Rusia juga merupakan antara pengeluar petroleum terbesar dunia. Namun realitinya, perdagangan tenaga global tidak semudah menukar pembekal atau laluan . Ia melibatkan pelbagai faktor seperti: infrastruktur sedia ada (paip, pelabuhan); kesesuaian pemprosesan minyak; perjanjian jangka panjang; serta dinamika geopolitik dan sekatan antarabangsa Sebab itu, walaupun ada alternatif, dunia masih bergantung kepada laluan dan sistem yang telah lama terbentuk. Mungkin ini perbincangan untuk hari yang lain. Tetapi itulah cara fikiran saya bekerja dari satu perkara kecil, boleh melompat kepada persoalan yang lebih besar. Kadangkala, satu perkataan yang kita tidak faham membawa kita kepada pemikiran yang lebih luas. Dari “sekonyong-konyong” kepada internet kepada dunia yang kita tidak nampak. Mungkin selepas ini, kita akan berhenti seketika bukan untuk mencari jawapan, tetapi untuk memahami apa yang selama ini kita ambil mudah kerana dalam dunia hari ini yang kita anggap biasa, sebenarnya luar biasa . Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy