JPA Daily Buzz - Edisi 43 2026

m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Saya berpeluang menghadiri PMR 2026 di Ipoh, Perak dan mendengar ucapan perasmian oleh YAB Perdana Menteri. Dalam ucapannya, beliau menggunakan satu perkataan yang jarang kita dengar hari ini iaitu “ sekonyong-konyong .” Secara spontan, saya tersebut “Eh, apa tu? Banyak ke?” Kemudian terdengar penjelasan ringkas daripada Dato’ Jamal, “bukan, maksudnya tiba-tiba ”. Saya pun tersenyum sendiri. Oh, “tiba-tiba” itu “sekonyong-konyong”. Kadangkala, satu perkataan kecil cukup untuk membuka pemikiran yang lebih besar. Dari satu perkataan, saya terus Google dan dari situ, fikiran saya melompat kepada sesuatu yang kita guna setiap hari, tetapi jarang benar-benar kita fikirkan iaitu internet . Kita sering melihat internet sebagai sesuatu yang sentiasa ada. Klik —maklumat muncul. Hantar —mesej sampai. Seolah-olah semuanya berlaku secara automatik. Namun hakikatnya, dunia digital ini bergantung kepada sesuatu yang sangat fizikal iaitu kabel gentian optik di dasar laut . Dianggarkan lebih 95% trafik internet global disalurkan melalui kabel- kabel ini , merentasi lautan dan menghubungkan benua. Internet bukan “awan” tetapi ia adalah infrastruktur . Kabel-kabel ini membentuk rangkaian global yang kompleks dan sebahagiannya melalui kawasan strategik dunia. Dalam dunia fizikal pula, perdagangan global bergantung kepada laluan seperti: Selat Hormuz, Iran — sekitar 20% bekalan minyak dunia; Terusan Suez, Egypt — kira-kira 10–12% perdagangan global; Selat Melaka, Malaysia — sehingga 25–30% perdagangan dunia; Terusan Panama, Panama — sekitar 5–6% perdagangan global; dan Selat Bosphorus, Turkey — laluan penting antara benua Laluan-laluan ini dikenali sebagai chokepoints iaitu sempit, tetapi kritikal. Gangguan kecil, kesannya besar. Edisi 43/ 2026 6 April 2026 Bagaimana Jika Dunia Tiba-tiba Bagaimana Jika Dunia Tiba-tiba Tiada Internet? Tiada Internet?

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy