JPA Daily Buzz - Edisi 21 2026

m/s 1 Edisi 21/ 2026 3 Mac 2026 Gerhana Bulan Penuh hari ini Hari ini, bulan akan meredup dan perlahan-lahan ia akan memasuki bayang-bayang. Warnanya akan menjadi kemerahan, dan untuk seketika, ia tidak akan bersinar seperti biasa. Gerhana bulan penuh . Ada yang akan bersedia dengan kamera. Ada yang menyemak carta astronomi. Ada juga yang mungkin tidak menyedarinya. Namun mungkin kita perlu berhenti sejenak kerana apabila langit berubah, ia berbaloi untuk kita mendongak dan menikmati seketika fenomena ini. Gerhana bulan berlaku apabila Bumi berada tepat di antara Matahari dan Bulan. Cahaya Matahari dihalang daripada sampai ke Bulan, lalu bayang-bayang Bumi menutupi permukaannya. Apabila Bulan kelihatan merah, ia bukan sihir. Ia adalah fizik. Cahaya Matahari membias melalui atmosfera Bumi. Gelombang biru yang lebih pendek tersebar, meninggalkan cahaya merah yang menerangi Bulan. Sebab itulah ia kadangkala dipanggil “blood moon.” Fenomena ini boleh diramal. Boleh dikira. Sangat tepat. Saintis mampu menentukan masa ia bermula dan berakhir. Tiada unsur khurafat. Namun, walaupun kita memahami penjelasannya, sebagai manusia sudah tentu kira rasa perkara ini mengagumkan. Sains menerangkan bagaimana. Tetapi rasa kagum itu adalah sifat manusia. Sejak dahulu, gerhana menimbulkan pelbagai reaksi. Tamadun purba merasa takut. Ada yang percaya makhluk tertentu menelan bulan. Ada yang menganggapnya petanda sesuatu. Hari ini, kita memahami mekanik orbit. Namun kita tetap berhenti. Tetap berkumpul. Tetap melihat ke langit kerana gerhana mengingatkan kita tentang sesuatu yang menginsafkan dan indah pada masa yang sama kita sedar bahawa bumi bukan pusat alam semesta. Bumi hanyalah sebahagian daripada satu sistem planet yang teratur. Bumi bergerak. Bulan menggelap. Bayang berlalu dan kehidupan diteruskan. Dalam Islam, apabila berlaku gerhana bulan, umat Islam disunatkan menunaikan Solat Sunat Gerhana . Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa matahari dan bulan adalah tanda kebesaran Allah, bukan berkaitan dengan kelahiran atau kematian sesiapa. Ia adalah peringatan tentang aturan Ilahi. Krew Buzz Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy