JPA Daily Buzz - Edisi 20 2026

m/s 2 Di antara sedikit panik dengan pendekatan berstruktur, saya temui puncanya. Cerek. Soket hangus. Litar terlebih beban. Sistem melindungi dirinya sendiri. Krisis terkawal. Jadi, apa pengajarannya? 1. Dewasa dan Kematangan ialah Keupayaan Berfikir Secara Bersistem Menjadi dewasa bukan bermaksud tiada masalah. Ia bermaksud kita tahu cara mendiagnosis masalah. Dulu kita mungkin serahkan kepada orang lain. Kini kita asingkan pemboleh ubah. Kita tidak sekadar bereaksi. Kitamenilai. Kitamenguji. Kitamemulihkan. Itulah kematangan. 2. Kepimpinan ialah Kestabilan di Saat Tekanan Kotak DB sebenarnya sangat menyerupai sebuah organisasi. Suis utama ialah visi. RCCB ialah tadbir urus . Pemutus litar ialah jabatan. Peralatan bermasalah? Unit yang memberi tekanan kepada sistem. Apabila sesuatu bermasalah, pemimpin yang baik tidak menutup keseluruhan sistem secara panik. Mereka mengasingkan punca. Melindungi keseluruhan struktur. Memulihkan kestabilan tanpa drama. Kepimpinan bukan tentang mengelakkan tekanan. Ia tentang mengurus tekanan tanpa membakar keseluruhan organisasi. 3. Kejelasan Mengurangkan Kebimbangan Apabila elektrik terputus, respons stres saya aktif. Degupan jantung meningkat. Fikiran menjadi dramatik. “Habislah semuanya.” Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Tetapi apabila saya memahami sistem dan apabila saya tahu ia hanya isu pada litar C32, sesuatu berubah. Kejelasan mengurangkan kebimbangan . Otak kita lebih takut kepada ketidakpastian berbanding kesukaran. Apabila saya faham apa yang berlaku, saya kembali rasa terkawal. Pengetahuan tidak menghapuskan masalah. Tetapi ia menghapuskan panik. Mungkin itu tanda sebenar kematangan iaitu bukan menghilangkan masalah, tetapi mengawal emosi ketika berhadapan dengannya. Sedang saya menghirup mocha dengan rasa sedikit bangga selepas memulihkan sistem elektrik kecil saya, ilham untuk menulis muncul. Kemudian selang beberapa saat, tetikus (mouse) saya pula buat hal. Status “connected”, tetapi kursor tidak bergerak. Saya lakukan perkara yang sama seperti sebelumnya, jangan panik, diagnos. Tukar bateri. Tukar mod. Set semula sambungan. Cuba segala yang munasabah. Tiba-tiba saya sedar sesuatu yang jauh lebih mudah. Tetikus itu masih dalam keadaan “ON”. Kadang-kadang, masalah bukanlah sesuatu yang dramatik. Kadang-kadang, ia hanya satu suis kecil. Dalam kehidupan dan kepimpinan, kita belajar untuk menyemak, menyesuaikan, menstabilkan dan kemudian terus bergerak. Di antara menetapkan semula litar, memeriksa bateri dan berunding dengan kursor yang degil, mocha saya pula habis tanpa saya sedari. Mungkin itu pengajaran terakhir malam tersebut. Masalah kecil boleh menjadi dramatik jika pemikiran kita tidak terkawal dan sebaliknya. Jadi gangguan malam tersebut hanyalah rangkaian gangguan kecil yang diurus dengan tenang, sedikit humor dan secawan kafein. Elektrik kembali pulih. Kursor bergerak semula. Sistem kembali stabil. Apabila saya melihat jam, saya tersenyum sendiri. Mungkin alam semesta bukan sedang menguji saya. Mungkin ia cuma menyuruh saya berehat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy