JPA Daily Buzz - Edisi 20 2026
m/s 1 Edisi 20/ 2026 2 Mac 2026 Bila tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Hai semua, Hari ini saya tidak menulis tentang tokoh ilmuwan Islam. Bukan tentang isu global yang sedang trending . Bukan juga tentang dasar atau kerangka tadbir urus. Hari ini kita bercakap tentang sesuatu yang jauh lebih kompleks. Kotak DB rumah saya. Malam tadi, ketika saya sedang membakar kek (ya, fasa produktiviti domestik sedang aktif), tiba-tiba elektrik trip atau terputus. Dalam detik itu, kebimbangan utama saya? “Ya Allah, kek akan bantat, ya bantat yang padat, tenggelam pula tu.” Bantat itu apa? Kek tak naik, kira pertumbuhan terbantut. Krew Buzz Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati (Pengakuan Seorang “Electrical Incident Survivor”) Keadaan gelap, oven terhenti, tahap panik pula sederhana. Perkara utama? Mendapatkan elektrik semula. Jadi saya lakukan apa yang dilakukan oleh orang dewasa moden sekarang. Saya buka ChatGPT . Sedang saya cuba memahami kenapa oven bermasalah, sambil- sambil itu saya jerang air untuk buat mocha. Konon-konon nak kurangkan stres "with a dose of caffein". Tiba-tiba elektrik terputus sekali lagi. Satu- persatu pula buat hal. Kenapa ni? Pada ketika itu, saya bukan lagi sedang membakar kek. Saya sedang menjalankan simulasi tadbir urus sistem elektrik di dalam rumah sendiri. Namun, apa yang berlaku selepas itu lebih menarik. Suis demi suis. Litar demi litar. Pengasingan demi pengasingan. Saya belajar anatomi kotak DB saya. Merah ialah suis utama — hala tuju strategik . Biru ialah RCCB — perlindungan dan pengurusan risiko . Suis putih ialah pembahagian tanggungjawab — jabatan dan fungsi . C32 mengendalikan beban berat. C20 untuk soket kuasa. C6 untuk pencahayaan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy