JPA Daily Buzz - Edisi 18 2026
Edisi 18/ 2026 26 Februari 2026 Berabad-abad, Universiti di Eropah Mempelajari Perubatan Melalui Buku Seorang Ilmuwan Muslim Apabila kita membincangkan asas perubatan moden, nama seperti Hippocrates dan Galen sering disebut. Namun selama lebih 500 tahun, pelajar perubatan di universiti- universiti Eropah mempelajari sebuah buku teks yang ditulis oleh seorang sarjana Muslim. Namanya ialah Ibn Sina (980–1037M), yang dikenali di Barat sebagai Avicenna . Ibn Sina dilahirkan pada tahun 980M di Afshana, berhampiran Bukhara, di wilayah yang kini dikenali sebagai Uzbekistan, ketika zaman kegemilangan Tamadun Islam. Beliau merupakan seorang polymath iaitu ilmuwan serba boleh yang menguasai pelbagai bidang termasuk falsafah, logik, matematik, astronomi, fizik dan teologi. Sejak usia muda, beliau menunjukkan kecerdasan luar biasa. Catatan sejarah menyebut bahawa selepas berjaya merawat seorang pemerintah Dinasti Samanid, beliau diberikan akses kepada perpustakaan diraja yang luas, satu peluang yang memperkayakan lagi penguasaan ilmunya. Ibn Sina bukan sekadar mewarisi ilmu tetapi beliau menyusunnya semula danmemperhalusinya . Karya beliau yang paling berpengaruh ialah Al-Qanun fi al-Tibb (The Canon of Medicine), ditulis pada awal abad ke-11. Ia bukan sekadar buku perubatan. Ia merupakan ensiklopedia perubatan yang tersusun secara sistematik dalam lima jilid, merangkumi: Prinsip asas perubatan Anatomi dan fisiologi Diagnosis dan pemerhatian klinikal Farmakologi Penyakit berjangkit Kaedah rawatan Keistimewaan Ibn Sina bukan sekadar mengumpulkan ilmu terdahulu daripada Hippocrates dan Galen, tetapi menyatukan dan menyusunnya dalam satu kerangka yang logik dan boleh diajar secara sistematik. Perubatan menjadi lebih tersusun. Lebih berstruktur. Lebih berkaedah. Krew Buzz Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati m/s 1 Menjelang abad ke-12, Al-Qanun fi al-Tibb telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ia menjadi teks rujukan utama di universiti- universiti Eropah seperti: Universiti Bologna Universiti Montpellier Universiti Paris Buku ini terus digunakan sehingga abad ke-16 dan ke-17 di beberapa institusi. Selama berabad-abad, pendidikan perubatan di Eropah bergantung kepada kerangka ilmu yang dibangunkan oleh seorang sarjana Muslim dari Asia Tengah. Ini bukan retorik simbolik. Ia adalah fakta sejarah yang didokumentasikan. Ibn Sina turut membincangkan hubungan antara keadaan emosi dan kesihatan fizikal. Beliau menghuraikan keadaan yang menyerupai melankolia (yang sering dikaitkan dengan kemurungan), kegelisahan, serta gangguan psikosomatik.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy