JPA Daily Buzz - Edisi 12 2026

m/s 1 Hari pertama Ramadan dan memang mind-blowing bila kita sedar Ramadan kini kembali jatuh pada Februari/Mac, selepas lebih 30 tahun. Kali terakhir Ramadan bermula pada bulan Februari ialah pada tahun 1995. Ini berlaku kerana kalendar Islam adalah kalendar lunar (mengikut peredaran bulan), jadi Ramadan akan bergerak lebih awal setiap tahun dan kembali semula ke musim yang sama selepas lebih kurang 33 tahun. Oleh kerana Ramadan adalah bulan di mana kita melihat makanan dengan cara yang sedikit berbeza dan bukan sekadar apa yang kita makan, tetapi mengapa kita makan, saya rasa hari ini sesuai untuk kita renungkan sesuatu yang ringkas, tetapi penuh makna: Semoga Ramadan bertemu yang sakit dengan kesembuhan. Semoga Ramadan bertemu yang sedang diuji dengan rezeki yangmelimpah . Bagi mereka yang tidak sempat menyaksikan Ramadan tahun ini, semoga Allah mengurniakan mereka Jannah . Allahumma ballighna Ramadan. Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Edisi 12/ 2026 19 Februari 2026 Bukan Sekadar Madu & Kurma: Makanan Yang Allah Sebut DalamAl-Quran Makanan yang Allah sebut dalamAl-Quran. Bukan sebagai “diet list”, bukan sebagai trend, dan bukan juga sebagai “health hack” media sosial tetapi sebagai peringatan bahawa makanan bukan sekadar nutrisi. Makanan adalah rezeki . Makanan adalah nikmat. Makanan adalah barakah . Makanan adalah satu tanda. Kita mulakan dengan madu — makanan yang disebut secara jelas sebagai mempunyai penyembuhan untuk manusia. Dalam Ramadan, kita bukan hanya lapar untuk makanan. Kita juga lapar untuk penyembuhan iaitu penyembuhan hati, tabiat, hubungan, dan jiwa. Madu mengingatkan kita bahawa kadang-kadang shifa’ datang secara perlahan, dan kadang-kadang barakah hadir dalam perkara yang paling sederhana.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy