JPA Daily Buzz - Edisi 11 2026

m/s 2 Cara paling mudah untuk bermula pun sebenarnya senang. Pertama, semak dahulu pelepasan yang anda layak berdasarkan senarai terkini di laman HASiL, sebab setiap tahun boleh ada perubahan kecil. Kedua, simpan resit dan jangan buat gaya “nanti la”. Kalau resit hilang, claim jadi susah; kalau claim tanpa bukti, itu lagi bahaya. Ketiga, jangan tunggu saat akhir. Orang yang claim last minute biasanya terlepas kategori, lupa resit, isi laju-laju sebab stress, dan akhirnya claim tak maksimum, sedangkan anda mungkin layak lebih daripada yang anda sangka. Dalam dunia kerja di Malaysia pula, kita ada satu ayat yang sangat Malaysia: “Eh, you boleh makan this one, HALAL. I asked already.” Ayat tu nampak kecil, tapi sebenarnya besar sebab itu bukan sekadar pasal makanan, itu pasal hormat yang berlaku secara semula jadi dalam kehidupan seharian. Prinsip yang sama juga terpakai dalam hal cukai iaitu pelepasan cukai bukan loophole, bukan trick, bukan helah, dan bukan “lari cukai”. Ia adalah hak yang sah untuk individu yang memenuhi syarat. Kalau anda layak, claim. Kalau anda tak layak, jangan claim. Mudahkan? Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Kesimpulannya, semua ini balik kepada satu benda iaitu hidup yang lebih tenang. Tax relief memang bukan benda glamour, tapi ia antara cara paling practical untuk kurangkan beban kewangan, urus duit dengan lebih bijak, dan rasa lebih “in control”. Kalau anda jenis suka “raya planning”, ini pun boleh jadi sebahagian daripada planning sebab kalau anda e-Filing awal dan ada lebihan bayaran cukai, LHDN nyatakan pemulangan cukai biasanya diproses dalam 30 hari bekerja selepas penghantaran e-Filing (tertakluk pada maklumat yang diberi dan semakan dokumen jika diperlukan). Mana tahu pulangan tu sempat bantu tambah sikit bajet raya, lagi best, kan? Wink wink! Hehehe. Happy Chinese New Year kepada semua yang meraikan dan semoga tahun ini membawa kesihatan, rezeki, kebahagiaan dan keberkatan buat anda dan keluarga. Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, Selamat Menyambut Ramadan. Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, kekuatan, dan keberkatan yang berpanjangan. Amin.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy