m/s 1 Pelepasan cukai ialah perkara yang dibenarkan oleh LHDN untuk mengurangkan jumlah pendapatan yang diambil kira dalam pengiraan cukai. Maksudnya, bila anda isi e-Filing nanti, anda bukan semestinya dikenakan cukai atas pendapatan “kasar” sepenuhnya. Contohnya, kalau pendapatan anda RM50,000 dan anda layak pelepasan RM10,000, jumlah pendapatan yang diambil kira untuk pengiraan cukai akan jadi lebih rendah (bukan RM50,000 penuh), bergantung pada jenis pendapatan dan pelepasan yang layak. Ringkasnya, lebih banyak pelepasan yang sah dan layak, lebih rendah cukai yang perlu dibayar dan itu memang terasa macam “duit raya” bila masuk balik dalam kiraan. Bila masuk musim perayaan, kita semua automatik fikir benda yang sama iaitu balik kampung, makan besar, open house, baju baru dan kalau bernasib baik, duit raya. Tapi bila kita dah masuk fasa “adulting”, duit raya tu makin rare. Sebab tu saya nak kongsi satu perspektif yang mudah tapi berguna iaitu pelepasan cukai sebenarnya boleh jadi “duit raya” versi orang dewasa dengan syarat kalau kita claim awal dan claim dengan cara yang betul. Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Edisi 11/ 2026 17 Februari 2026 Duit Raya Untuk Orang Dewasa? Ini “Pelepasan Cukai” Yang Ramai Tak Maksimumkan Kalau anda semak senarai rasmi HASiL, anda akan nampak pelepasan cukai individu ni sebenarnya agak banyak dan dekat dengan kehidupan seharian termasuk kategori seperti pelepasan diri, kesihatan, insurans, pendidikan, gaya hidup, anak dan tanggungan. Apa yang menarik untuk saya ialah yuran pengajian (sendiri) pun ada pelepasan sehingga RM7,000 (terhad), mengikut syarat yang ditetapkan. Best kan? Ramai orang sebenarnya layak cuma tak sedar, tak semak, tak simpan resit, atau isi last minute dan akhirnya “asal siap”. Bila jadi macam tu, kita bukan saja rugi dari segi duit, kita rugi dari segi peluang untuk urus kewangan dengan lebih bijak. Sebab itu saya kata pelepasan cukai ni macam duit raya. Duit raya bukan gaji bulanan; ia terasa macam bonus kecil; dan kalau kita plan, kita boleh guna dengan lebih bermakna. Tax relief pun lebih kurang begitu. Ia bukan duit yang datang tibatiba, tapi ia “rasa” macam win bila kita faham apa yang kita layak, simpan bukti, dan claim ikut proses yang betul. Perbezaannya kadang-kadang bukan sikit dan biasanya orang hanya sedar bila mereka mula ambil serius.
m/s 2 Cara paling mudah untuk bermula pun sebenarnya senang. Pertama, semak dahulu pelepasan yang anda layak berdasarkan senarai terkini di laman HASiL, sebab setiap tahun boleh ada perubahan kecil. Kedua, simpan resit dan jangan buat gaya “nanti la”. Kalau resit hilang, claim jadi susah; kalau claim tanpa bukti, itu lagi bahaya. Ketiga, jangan tunggu saat akhir. Orang yang claim last minute biasanya terlepas kategori, lupa resit, isi laju-laju sebab stress, dan akhirnya claim tak maksimum, sedangkan anda mungkin layak lebih daripada yang anda sangka. Dalam dunia kerja di Malaysia pula, kita ada satu ayat yang sangat Malaysia: “Eh, you boleh makan this one, HALAL. I asked already.” Ayat tu nampak kecil, tapi sebenarnya besar sebab itu bukan sekadar pasal makanan, itu pasal hormat yang berlaku secara semula jadi dalam kehidupan seharian. Prinsip yang sama juga terpakai dalam hal cukai iaitu pelepasan cukai bukan loophole, bukan trick, bukan helah, dan bukan “lari cukai”. Ia adalah hak yang sah untuk individu yang memenuhi syarat. Kalau anda layak, claim. Kalau anda tak layak, jangan claim. Mudahkan? Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Kesimpulannya, semua ini balik kepada satu benda iaitu hidup yang lebih tenang. Tax relief memang bukan benda glamour, tapi ia antara cara paling practical untuk kurangkan beban kewangan, urus duit dengan lebih bijak, dan rasa lebih “in control”. Kalau anda jenis suka “raya planning”, ini pun boleh jadi sebahagian daripada planning sebab kalau anda e-Filing awal dan ada lebihan bayaran cukai, LHDN nyatakan pemulangan cukai biasanya diproses dalam 30 hari bekerja selepas penghantaran e-Filing (tertakluk pada maklumat yang diberi dan semakan dokumen jika diperlukan). Mana tahu pulangan tu sempat bantu tambah sikit bajet raya, lagi best, kan? Wink wink! Hehehe. Happy Chinese New Year kepada semua yang meraikan dan semoga tahun ini membawa kesihatan, rezeki, kebahagiaan dan keberkatan buat anda dan keluarga. Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, Selamat Menyambut Ramadan. Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, kekuatan, dan keberkatan yang berpanjangan. Amin.
page 1 When the festive season comes around, we all automatically think of the same things. For example, going back to our hometowns, big family meals, open houses, new outfits, and if we’re lucky… duit raya. But once we enter the “adulting” phase, duit raya becomes a lot rarer. That’s why I want to share a simple but useful perspective where tax relief can actually feel like the adult version of duit raya, as long as we claim early and claim it the right way. 11th Edition/ 2026 17th February 2026 Behind every story, there is a team that works with heart. The Pulsekeeper Dr. Diyana Hassim The Vision Whisperer Norazizul The Pixel Alchemist Sabrina The Buzz Architect Lidyawati The Buzzkeeper Nurfazlina The Light Catcher Syukran The Buzz Crew Duit Raya for Adults? Here’s the “Tax Relief” Many Malaysians Don’t Fully Maximise If you check the official HASiL list, you’ll see that individual tax reliefs are actually quite extensive and closely tied to everyday life. They include categories such as personal relief, health-related expenses, insurance, education, lifestyle, children and dependents. One that stood out to me is that self-education fees can also be claimed up to RM7,000 (limited), depending on the conditions set. Pretty good, right? The reality is, many people are actually eligible but they don’t realise it, don’t check, don’t keep receipts, or they file at the last minute and end up submitting “just to get it done”. When that happens, we don’t just lose money, we lose the opportunity to manage our finances more wisely. Tax relief refers to items allowed by LHDN to reduce the amount of income taken into account when calculating your tax. In other words, when you submit your e-Filing, you may not necessarily be taxed based on your full “gross” income. For example, if your income is RM50,000 and you are eligible for RM10,000 in tax relief, the amount of income considered for tax calculation will be lower (not the full RM50,000), depending on the type of income and the reliefs you qualify for. Simply put, the more valid and eligible reliefs you claim, the less tax you may need to pay and that really does feel like duit raya when you see the difference in your final tax calculation.
page 2 The easiest way to start is actually simple. First, check what reliefs you are eligible for based on the latest HASiL list, because there can be small changes every year. Second, keep your receipts and don’t leave it as “later”. If you lose your receipts, claiming becomes difficult; and if you claim without proof, that’s even riskier. Third, don’t wait until the last minute. People who file at the very end usually miss categories, forget receipts, rush through the form due to stress, and end up not maximising what they could have claimed even though they might be eligible for more than they realise. In the Malaysian workplace, we also have a very Malaysian phrase: “Eh, you can eat this one, HALAL. I asked already.” It may sound like a small thing, but it’s actually a big one, because it’s not just about food, it reflects the everyday respect we practise naturally. The same principle applies to tax relief too where tax relief is not a loophole, not a trick, not a “tax escape”. It is a legitimate entitlement for individuals who meet the requirements. If you qualify, claim it. If you don’t, don’t. Simple, right? That’s exactly why I say tax relief is like duit raya. Duit raya isn’t your monthly salary; it feels like a small bonus; and if you plan it well, you can use it more meaningfully. Dr. Diyana Hassim Head of Corporate Communications Public Service Department Tax relief works in a similar way. It’s not money that appears out of nowhere, but it feels like a win when you understand what you qualify for, keep the right documents, and claim through the proper process. Sometimes the difference is not small and most people only realise it once they start taking it seriously. In conclusion, all of this comes back to one thing: a calmer and more stable life. Tax relief isn’t glamorous, but it is one of the most practical ways to reduce financial burden, manage money more wisely, and feel more “in control”. And if you’re someone who loves planning for Raya, this can be part of your planning too — because if you submit your e-Filing early and you have overpaid tax, LHDN states that tax refunds are usually processed within 30 working days after e-Filing submission (subject to the information provided and any document verification if needed). Who knows, maybe that refund could even help boost your Raya budget a little. Even better, right? Wink wink! Happy Chinese New Year to everyone celebrating. May this year bring you and your family good health, abundance, happiness, and blessings. To our Muslim friends, Selamat Menyambut Ramadan. May this Ramadan bring peace, strength, and lasting blessings. Amin.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy