JPA Daily Buzz - Edisi 10 2026

m/s 2 ⚖️ Kenapa ini isu tatakelola? Sebab kesannya bukan pada kita seorang je. Bila seorang tak ada, orang lain cover. Bila ramai tak ada, operasi terganggu. Bila operasi terganggu, pelanggan menunggu. Bila pelanggan menunggu, organisasi dipersoal. Tatakelola bukan sekadar peraturan. Tatakelola ialah budaya iaitu buat perkara betul walaupun tiada siapa memerhati. Bahaya sebenar: “benda kecil jadi normal” Budaya rosak jarang bermula dengan benda besar. Ia bermula dengan ayat yang kita selalu dengar: “Ala… semua orang buat.” “Sekali-sekala je.” “Tak effect pun.” Padahal benda kecil yang diulang-ulang… akan jadi budaya dan budaya akan jadi identiti organisasi. Kalau perlukan rehat, buat cara yang betul Rehat itu manusiawi. Letih itu real. Tapi uruslah dengan jujur: rancang awal mohon cuti ikut prosedur bincang dengan Ketua Jabatan atau penyelia jaga beban kerja pasukan Rehat itu ok. Menipu rekod rehat itu tak ok. Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Dalam perkhidmatan awam, kita bukan sekadar “bekerja”. Kita memegang kepercayaan rakyat. “Demam ikut kalendar” mungkin nampak remeh. Tapi integriti tak dibina masa audit sahaja. Integriti dibina pada hari biasa: Hari Isnin yang menggoda, Hari Jumaat yang panjang, dan hari yang kita rasa “tak ada siapa nampak”. Akhirnya kita pilih satu: Nak jadi pegawai awam yang sekadar hadir atau pegawai awam yang benar-benar dipercayai?

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy