BUKU PENA PAKAR SME

Pengesahan Identiti ( Authentication ) - Menjamin kesahihan pengguna Penyulitan Maklumat ( Encryption ) - Menjamin keselamatan dan integriti data serta maklumat dalam transaksi Tandatangan Digital - Menjamin data adalah sah dan tidak boleh disangkal serta menjamin integriti data dan maklumat Skop kajian dan poin nyata ( key knowledge ): Perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan ( Government Public Key Infrastructure – GPKI) telah bermula pada tahun 2002. Sejak tahun 2011, perkhidmatan ini telah disediakan secara berpusat dan secara dalam talian di MAMPU di bawah peruntukan RMK10 kepada agensi sektor awam bagi meningkatkan tahap keselamatan sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kerajaan. Perkara ini dilindungi dan selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997 (DSA 1997) serta Peraturan-peraturan Tandatangan Digital 1998 (DSR 1998). Fungsi utama perkhidmatan GPKI adalah berasaskan teknologi PKI: 1. 2. 3. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Melalui projek ini, MAMPU berperanan sebagai agensi pusat yang membekalkan Perkhidmatan MyGPKI dengan membiayai kos perkhidmatan yang disediakan untuk Agensi-agensi Pelaksana Sistem ICT Kerajaan dengan membekalkan Sijil Digital Individu dan Sijil Digital Pelayan. Sebanyak tiga (3) Certification Authority (CA) yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membekalkan tiga (3) medium Sijil Digital Individu iaitu token, roaming cert dan softcert . Manakala Sijil Digital Pelayan membekalkan Secure Socket Layer (SSL) yang berasaskan https mengikut tahap risiko dan keperluan SSL agensi yang memohon. Perkhidmatan GPKI telah berintegrasi dengan 18 sistem ICT kerajaan dan sehingga Februari 2018 seramai 115,127 orang pengguna telah menggunakannya serta mendapat manfaat daripada sistem keselamatan ini. Pengguna yang berperanan sebagai pelulus dan penyokong sistem ICT dapat mempercepatkan proses secara dalam talian. Proses ini memberikan perkhidmatan yang cekap dan cepat kepada kakitangan kerajaan dalam fungsi sistem ICT agensi masing-masing. Perkhidmatan GPKI menambah inovasi dengan menyediakan perkhidmatan tambahan Digital Time Stamping (DTS) kepada sistem ICT kerajaan pada tahun 2020. 95 Government Public Key Infrastructure (GPKI) Datin Ts. Dr. Siti Hanom binti Marjuni (Artikel ini pernah diterbitkan di CITRA MAMPU, 2018) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy