BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Artikel ini menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Makmal Digital Forensik (MyDFLab) kepada sektor awam. Sejarah penubuhan MyDFLab tercetus hasil daripada Memorandum of Understanding (MOU) antara MAMPU dan Cybersecurity Malaysia (CSM) melalui Projek Pembangunan Keselamatan Siber Sektor Awam atau Cyber Security Development Project (CSDeP). Salah satu sub projek di bawah CSDeP adalah pembangunan Makmal Forensik Digital yang dikenali sebagai MyDFLab. Metodologi: Kaedah forensik ini penting terutamanya apabila keterangan tersebut diperolehi daripada eksibit yang bersifat tersembunyi dan tidak dapat dikenal pasti melalui keadaan fizikal. Keterangan data digital juga berada dalam kategori eksibit yang bersifat tersembunyi dan sekiranya dipadam dari sesebuah peralatan elektronik, ia hanya boleh diperolehi semula menggunakan teknik saintifik dan peralatan yang khusus serta boleh digunakan dalam pembuktian kes pendakwaan di mahkamah. Poin nyata ( key knowledge ): MyDFLab memberikan empat (4) perkhidmatan kepada sektor awam iaitu pemulihan data, sanitasi data, forensik komputer, dan forensik peranti mudah alih. Setiap empat (4) perkhidmatan tersebut mempunyai perkakasan dan perisian khusus yang diperuntukkan bagi kegunaan makmal digital forensik. Walau bagaimanapun cabaran sentiasa mendatang seiring dengan situasi dan teknologi canggih serta terkini yang berada di pasaran. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Perkhidmatan makmal ini diberikan secara percuma kepada semua agensi sektor awam yang memberikan sumbangan penjimatan kos kepada kerajaan. Makmal ini juga menyumbang kepada pengembangan dan peningkatan kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pegawai dan kakitangan yang berminat dalam pengkhususan pengurusan insiden dan forensik. Makmal dibuka pada setiap hari berdasarkan jadual yang disusun mengikut kesesuaian agensi. 94 Perkhidmatan MyDFLab MAMPU Datin Ts. Dr. Siti Hanom binti Marjuni (Artikel ini pernah diterbitkan di Buletin Kerajaan Digital, 2018) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy