BUKU PENA PAKAR SME

Sistem kumpulan darah Rh merupakan sistem kumpulan darah manusia berasaskan protein yang sangat kompleks, polimorfik dan imunogenik. Sebahagian individu menghasilkan ekspresi antigen D yang lemah ( weak D ) di atas permukaan sel darah merah dan boleh mengakibatkan mutasi pada asid amino RHD yang membawa kepada fenotip yang berbeza dan imun terhadap antibodi D. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan tentang asas genetik molekul bagi ekspresi antigen D yang lemah dalam kalangan penderma darah di Malaysia yang merangkumi populasi kumpulan kaum/ etnik yang berlainan. Sebanyak 183 sampel penderma darah Rh negatif dilakukan ujian fenotip untuk antigen D, C, c, E dan e. Semua sampel weak D yang dikenal pasti daripada ujian Indirect Antiglobulin Test (IAT) disahkan betul dengan melakukan ujian Polymerase Chain Reaction-Sequence Specific Primers (PCR-SSP). Kajian ini melibatkan sejumlah 183 sampel penderma darah Rh negatif daripada pelbagai kumpulan kaum/ etnik dan dikenal pasti seramai 88 (48.1%) India, 56 (30.6%) Melayu, 23 (12.6%) Cina dan 16 (8.7%) lain-lain kumpulan kaum/ etnik minoriti. Kajian ini telah mengenal pasti empat (4) sampel yang mempunyai fenotip weak D dengan menggunakan kaedah IAT. Daripada empat (4) sampel tersebut, dua (2) sampel adalah jenis weak D type 15 . Kedua-dua sampel adalah daripada penderma darah berbangsa Cina dengan genotip DweakCcee dan DweakccEe . Kajian ini telah mewujudkan satu sistem pangkalan data yang pertama tentang asas molekul genetik bagi antigen weak D dalam kalangan penderma-penderma darah di Malaysia. Seterusnya, kajian ini turut meningkatkan pemahaman tentang mekanisma molekul terhadap ekspresi antigen D dalam kalangan populasi di Malaysia. Kajian juga mendapati keselamatan transfusi darah dapat ditingkatkan lagi disebabkan oleh percampuran kaum yang tinggi dalam populasi di Malaysia. 90 Elucidation of Weak D Phenotype A mong Malaysian Blood Donors Using Molecular Basis Evana Kamarudin, Mohd Khairul Amran Mohammad, Tressa Gadung Sapt u, Rozi Hanisa Musa (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Journal of Engin eering and Applied Sciences 14 (Edisi Khas 6), 2019 ) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy