BUKU PENA PAKAR SME

Ia merupakan salah satu alatan penilaian pesakit tinnitus yang dibuat dalam Bahasa Malaysia. Tahap keterukan tinnitus dalam kalangan pesakit dengan tinnitus di Malaysia dapat dinilai dengan lebih tepat. Hasil dapatan kajian ini dapat menunjukkan soal selidik BEST sesuai digunakan untuk menilai keberkesanan intervensi tinnitus yang telah diberikan kepada pesakit. Skop kajian: Untuk menentukan kebolehpercayaan ujian berulang ( test-retest reliability ) dan responsif soal selidik Borang Evaluasi Soal Selidik Tinnitus (BEST), iaitu kebolehan BEST untuk mengesan perubahan tahap keterukan tinnitus selepas rawatan diberikan. Metodologi: 46 orang pesakit yang berumur antara 23 hingga 74 tahun dengan masalah tinnitus dikenal pasti dan dipilih sebagai subjek kajian. Mereka dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 21 orang pesakit dan diberi borang soal selidik untuk diisi. Selepas dua (2) minggu, mereka diminta untuk mengisi semula soal selidik tersebut. Manakala kumpulan intervensi terdiri daripada 25 orang pesakit. Mereka diminta untuk mengisi borang soal selidik dan menjalani intervensi selama 3 bulan. Kemudian mereka diminta untuk mengisi semula borang tersebut. Maklum balas sebelum dan selepas intervensi dibandingkan dan dianalisis. Poin nyata ( key knowledge ): Soal selidik BEST merupakan borang soal selidik yang dibina dan telah menjalani validasi untuk menilai tahap keterukan gangguan tinnitus yang dialami oleh individu yang mempunyai masalah tinnitus. Soal selidik ini terdiri daripada 25 soalan yang terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu mind, main dan mental . Kajian ini mendapati BEST menunjukkan kebolehpercayaan ujian berulang ( test-retest reliability ) yang tinggi serta dapat menunjukkan perubahan skor yang ketara antara pre dan post intervensi bagi ketiga-tiga domain ( mind, main dan mental ). Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: 1. 2. 3. Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh Test-Retest Reliability and Responsiveness of a Malay Tinnitus Questionnaire Mohd Normani Zakaria, Wan Suhailah Wan Husain, Nik Adilah Nik Othman 88 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam The Medical Journal of Malaysia , 2018)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy