BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Untuk membangunkan dan mengesahkan soal selidik baru dalam Bahasa Malaysia bagi menilai kesan tinnitus terhadap individu. Soal selidik ini dikenali sebagai Borang Evaluasi Soal Selidik Tinnitus (BEST). Metodologi: Kajian ini terdiri daripada dua (2) fasa; Fasa pertama adalah pembinaan soalan untuk BEST. Pada asalnya ia dibina dalam Bahasa Inggeris kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia melalui proses terjemahan secara forward dan backword . Satu soal selidik yang mengandungi 25 soalan terhasil. Ia terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu Mind, Main dan Mental . Fasa kedua, kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik BEST ditentukan. Kesahan BEST ditentukan berdasarkan content validity dan construct validity manakala internal reliability kandungan BEST ditentukan berdasarkan item-total correlations , Cronbach’s alpha, split-half reliability dan hubungan bagi setiap domain. Bagi tujuan itu, soal selidik BEST diberikan kepada tujuh (7) orang pakar klinikal daripada pelbagai bidang dan 65 orang pesakit dengan tinnitus. Pesakit dikenal pasti secara rawak dalam senarai pesakit yang hadir di Klinik Otorinolaringologi dan Audiologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Soal selidik BEST merupakan borang soal selidik yang dibina dan telah menjalani validasi untuk menilai tahap keterukan gangguan tinnitus dialami oleh individu yang mempunyai masalah tinnitus. Ia terdiri daripada 25 soalan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Mind, Main dan Mental . Kajian ini mendapati BEST menunjukkan kebolehpercayaan ujian berulang (test-retest reliability ) yang tinggi. Ia dapat menunjukkan perubahan skor yang ketara antara pre dan post intervensi bagi ketiga- tiga domain ( mind, main dan mental ). Development and Psychometric Validation of a New Tinnitus Questionnaire for Clinical Use Mohd Normani Zakaria, Lau Yue Jun, Wan Suhailah Wan Husain, Aw Cheu Lih, Nik Adilah Nik Othman, Rosdan Salim, Baharudin Abdullah, Zuraida Zainun, Wan Najibah Wan Mohamad 83 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Auditory and Vestibular Research Journal , 2017) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy