BUKU PENA PAKAR SME

Rujukan ilmiah dalam menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta praktis dietetik klinikal berdasarkan evidence based . Menjadi asas fakta dalam sesuatu pelaksanaan polisi bagi memperbaiki penyampaian perkhidmatan kesihatan terutama aspek dietetik kepada pesakit kanser. Skop kajian: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kadar pembaziran makanan dan kaitannya dengan Nutrition Impact Symptoms (NIS) yang timbul akibat kanser dan kesan sampingan rawatan. Metodologi: Kajian keratan rentas yang dijalankan dari Mei hingga Jun 2015. Pembaziran makanan dilakukan berdasarkan kepada dua (2) kaedah iaitu kaedah penimbangan sisa dan secara pemerhatian. Poin nyata ( key knowledge ): 59.3% pembaziran makanan dapat dilihat melalui kaedah pemerhatian dan 41.9% pembaziran makanan terhasil menggunakan kaedah penimbangan yang secara relatifnya bersamaan dengan RM25,259.44 dan RM17,847.73. Kumpulan sayur-sayuran dan protein merupakan dua (2) kumpulan makanan utama yang banyak dibazirkan berdasarkan kedua-dua kaedah. Kadar pembaziran adalah berkait secara signifikan dengan loya, muntah, hilang selera makan dan kesukaran menelan. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: 1. 2. Food Wastage in Hospital Among Cancer Inpatients and Its Relation with Nutrition Impact Symptoms Norshariza Jamhuri, Ho Chiou Yi, Betti Sharina Mohd Haniff Lai, Siti Nuraini Ahmad Samwil, Aeininhayatey Abdullah, Zuliehaiza Kahairudin, Ng Wai Han, Neoh May Kay, Zuwariah Abdul Rahman 81 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Asian Journal of Dietetics 2019 (Resting Energy Expenditure of Cancer Patients) ) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy