BUKU PENA PAKAR SME

Rujukan ilmiah dalam menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta praktis dietetik klinikal berdasarkan evidence based . Menjadi asas fakta dalam sesuatu pelaksanaan polisi bagi memperbaiki penyampaian perkhidmatan kesihatan terutama aspek dietetik kepada pesakit kanser. Skop kajian: Terapi iodin radioaktif (RAI) merupakan rawatan yang sering digunakan untuk pesakit kanser tiroid bagi memusnahkan residu tisu kanser dan mengelakkan kes berulang. Diet rendah iodin dipreskripsi kepada golongan pesakit ini bagi memastikan rawatan RAI berkesan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap pematuhan pesakit dan keberkesanan praktis terkini dalam menyampaikan maklumat berkaitan. Metodologi: Kajian prospektif dalam kalangan pesakit kanser tiroid melibatkan siasatan ke atas tahap pengetahuan berkaitan diet rendah iodin, tahap pematuhan terhadap diet tersebut dan dari mana sumber berkaitan diet rendah iodin diperolehi menggunakan borang kaji selidik khas. Poin nyata ( key knowledge ): 93.6% pesakit kanser tiroid patuh kepada preskripsi diet rendah iodin, 48.4% mempunyai tahap pengetahuan berkenaan diet rendah iodin yang sederhana dan 32.3% menyatakan mereka mengalami masalah untuk patuh kepada diet yang disarankan. Tahap pematuhan yang tinggi mungkin disebabkan oleh secara umumnya tahap pengambilan iodin di kalangan rakyat Malaysia sememangnya rendah daripada paras yang disarankan. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: 1. 2. Low Iodine Diet Compliance Before Radioactive Iodine Treatment and Scanning Norshariza Jamhuri, Aini Masitah Mohamed, Siti Nuraini Ahmad Samwil, Aeininhayatey Abdullah, Zuwariah Abd. Rahman, Ho Chiou Yi 80 (Artikel ini diterbitkan melalui Asian Journal of Dietetics Vol.1 No.4, 2019 (Diet and Radioactive Iodine Treatment) ) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy