BUKU PENA PAKAR SME

ketiga adalah untuk meningkatkan tahap kepuasan anggota di tempat kerja dengan menggalakkan bekerja sebagai satu pasukan dan pemberian penghargaan untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja. Perancangan strategik di Unit Terapi Pertuturan bermula pada bulan Oktober 2019 untuk dijadikan rujukan bagi RMK12 bermula tahun 2020 – 2025. Proses ini bermula daripada peringkat percambahan fikiran tentang isu- isu penting dalam perkhidmatan ( brainstorming issues ), memilih solusi terbaik untuk semua isu, membina piagam untuk semua inisiatif yang akan diambil serta menghasilkan 3-Feet Plan yang komprehensif bagi mencapai piagam tersebut. Piagam pertama yang telah dipersetujui adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan klinikal mengikut 5 tahap pencapaian standard iaitu kesegeraan ( prompt) , tepat ( accurate ), cekap ( efficient ), meluas ( extensive ) dan mengagumkan ( impressive ). Piagam kedua adalah membudayakan projek peningkatan kualiti ( quality assurance project ), kajian dan pembangunan ( research and development ) dan inovasi dalam kalangan anggota serta menggunakan amalan berasaskan bukti dalam penyampaian perkhidmatan kepada pesakit. Pegawai awam perlu mahir menguruskan organisasi secara terurus bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa selaras dengan punca kuasa yang diberikan oleh kerajaan. 78

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy