BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian dan metodologi: Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bertapak di kota Kuala Lumpur dibina khas untuk perkhidmatan rehabilitasi intensif yang pertama di Asia Tenggara. Blueprint Perancangan Unit Terapi Pertuturan di Hospital Rehabilitasi Cheras 2020 – 2025 adalah satu dokumen rasmi yang telah dibangunkan oleh Pakar Bidang Khusus Terapi Pertuturan untuk dijadikan panduan asas perkembangan perkhidmatan daripada idea asas oleh mantan Pengarah HRC iaitu Dr. Roslan Johari bin Dato’ Mohd Ghazali. Unit ini terdiri daripada 11 orang kakitangan termasuk enam (6) orang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) Gred U48 – U41, dua (2) orang Jururawat Terlatih (JT), seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan dua (2) orang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Unit ini telah merancang secara strategik langkah-langkah penambahbaikan bagi mengikuti peredaran zaman siber dan perkembangan teknologi maklumat serta sistem komunikasi. Misi Unit Terapi Pertuturan di HRC adalah untuk menyampaikan perkhidmatan rehabilitasi pertuturan dan bahasa, penelanan dan komunikasi pesakit yang menjalani terapi intensif mengikut penanda aras di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Perkhidmatan yang diberikan juga perlu dipastikan selamat dan diberi dalam keadaan yang kondusif menggunakan pendekatan intervensi dan teknik pemulihan mengikut amalan berasaskan bukti. Kakitangan unit adalah kompeten dengan kemahiran terkini dalam bidang terapi pertuturan dan bahasa. Objektif unit ini ialah meningkatkan kualiti kehidupan seseorang dengan diagnosis masalah pertuturan dan bahasa, penelanan dan komunikasi melalui proses pemulihan yang dikhususkan mengikut kemampuan mereka. Secara khususnya objektif ini mensasarkan: (1) keperluan untuk memenuhi standard bagi Indeks Prestasi Utama ( Key Performance Index ) yang telah ditetapkan oleh Profesion Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Kementerian Kesihatan Malaysia; (2) tahap kepuasan oleh pelanggan melebihi 90% semasa mendapatkan rawatan terapi pertuturan, bahasa dan komunikasi; dan (3) kakitangan terlatih perlu terlibat dalam projek peningkatan kualiti, Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) serta inovasi termasuk penglibatan dalam konvensyen dengan projek masing-masing. Terdapat tiga (3) teras strategik yang diperkenalkan di dalam blueprint ini. Teras strategik pertama ialah mengukuhkan perkhidmatan klinikal bagi sub pengkhususan rehabilitasi bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pesakit yang mempunyai kecelaruan bahasa dan pertuturan, penelanan dan komunikasi yang kompleks. Teras strategik kedua ialah membudayakan kajian, Quality Assurance Program (QAP) dan inovasi dalam kalangan kakitangan unit serta menggunakan amalan berasaskan bukti dalam perkhidmatan klinikal kepada pesakit. Manakala teras strategik . Blueprint Perancangan Unit Terapi Pertuturan, Hospital Rehabilitasi Cheras Nadwah binti Onwi 77 (Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy