BUKU PENA PAKAR SME

Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh Skop kajian dan metodologi: Kajian retrospektif ini adalah berdasarkan data laporan keputusan ujian di kalangan pesakit kanser non-small cell lung (NSCL) paru-paru yang dijalankan di Makmal Genetik, Hospital Tunku Azizah dari tahun 2014 sehingga 2020. Keputusan ujian mutasi gen epidermal growth factor receptor (EFGR) ini amat penting untuk menentukan terapi gen yang bersesuaian untuk pesakit kanser paru-paru. Kajian ini hanya melibatkan pesakit kanser paru-paru yang dirujuk ke hospital kerajaan. Kesemua sampel blok atau slaid dari tumor pesakit yang diterima akan diekstrak secara manual menggunakan kit DNA sample preparation ( Cobas , Roche ). Seterusnya, real- time polymerase chain reaction ( real-time PCR ) akan dilakukan terhadap sampel berkenaan. Analisis ujian telah dilakukan terhadap 42 jenis mutasi di dalam gen EGFR yang dapat dikesan melalui real-time PCR . Setelah itu, sebuah pangkalan data bagi jenis-jenis mutasi yang dikesan dalam kalangan 3,399 orang pesakit kanser paru-paru diwujudkan. Kanser paru-paru adalah kanser yang ketiga tertinggi di Malaysia dan kes kematian yang paling tinggi dalam kalangan pesakit kanser adalah disebabkan oleh kanser paru- paru. Gen sasaran bagi terapi kanser yang paling utama dalam kalangan pesakit kanser paru-paru adalah pada gen EGFR. Pesakit yang mempunyai mutasi dalam gen ini akan diberikan rawatan terapi gen tyrosine kinase inhibitor (TKI) selain daripada kemoterapi. Kajian terdahulu menunjukkan prevalens mutasi EGFR adalah 37%-50% dan lebih banyak dijumpai dalam kalangan wanita Asia, dan yang tidak pernah serta pernah merokok secara sederhana. First-line test bagi pesakit kanser paru-paru yang disarankan oleh panduan pengurusan pesakit kanser NSCLC di seluruh dunia adalah dengan melakukan single-gene test untuk mengesan mutasi dalam gen EFGR, seterusnya ujian terhadap gen sasaran . Epidermal Growth Factor Receptor (EGFR) Gene Mutation Testing for Integrated Care and Treatment of Non-Small Cell Lung Cancer (NSCLC) Patient in Malaysia Nor Khatijah Mohd Aris, Noor Shida Saila Md Safar, Nor Shafiqa Mohd Madehi, Emy Nursheila Anuar, Dr. Chin Loi Khim, Dr. Roziana Ariffin 71 (Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy