BUKU PENA PAKAR SME

Projek yang dilaksanakan secara alternatif Sistem Perolehan D&B tidak terlepas daripada keperluan untuk dilaksana kajian VM bagi memastikan penyampaian nilai projek pembinaan, iaitu melalui kajian VE on RFP . Tujuan utama pelaksanaan kajian VE on RFP di peringkat pra tender adalah untuk menterjemah kehendak strategik klien kepada terma teknikal yang menjadi sumber rujukan dan asas tender kepada pembida atau kontraktor projek D&B. Amalan terbaik VM dalam projek D&B di peringkat antarabangsa telah dirujuk bagi menetapkan intervensi dalam proses pelaksanaan projek kerajaan, terutama dalam kitar hayat projek Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Skop kajian: Skop kajian bagi penulisan secara konsep ( conceptual ) ini adalah pengenalan terhadap kajian Value Engineering on Request for Proposal ( VE on RFP ) yang merupakan satu intervensi Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) secara bukan konvensional dalam kitar hayat projek pembinaan. Ianya menerangkan intervensi VM bagi projek yang dilaksana secara alternatif (kepada Sistem Perolehan Tradisional) iaitu secara Sistem Perolehan Reka dan Bina (Design and Build – D&B), yang memberi deskripsi dan mengenal pasti pelbagai faedah kajian VE tersebut. Pelaksanaan VE on RFP adalah kajian VM di peringkat pra tender yang menetapkan asas tender kepada pembida atau kontraktor projek D&B. Versi asal penulisan ini telah diterbitkan oleh Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (IVMM) melalui artikel IVMM Bulletin Edisi 1/2017 dalam Bahasa Inggeris. Metodologi: Metodologi bagi penulisan ini adalah kajian dan perbincangan secara konsep ( conceptual discussion ) berasaskan kepada literatur berkaitan amalan terbaik VM dalam projek D&B dan melalui pemerhatian serta pengalaman luas oleh penulis sebagai pakar yang terlibat dalam pembangunan dan amalan bidang VM dalam sektor awam. Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. 3. Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh Value Engineering on Request for Proposal (‘VE on RFP’) – a Non-conventional Value Engineering (VE) Study for Value Delivery Enhancement within Design and Build (D&B) Project Sr Rohanis Ab Ghani, et al. 64 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam IVMM Newsletter ( Institute of Value Management Malaysia ), Edisi 1, 2017)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy