BUKU PENA PAKAR SME

Strategi perolehan projek merupakan salah satu medium untuk meningkatkan nilai projek pembinaan dengan mengoptimumkan pemboleh ubah ( variables ) bagi nilai daripada perspektif berkenaan. Kepentingan mengenai rantaian nilai dalam kitar hayat projek pembinaan ( construction project value chain ) dan titik pemindahan nilai projek serta hubung kait dengan strategi perolehan projek. Konteks integrasi Pengurusan Nilai ( Value Management - VM) dalam projek pembinaan Kerajaan Malaysia telah disesuaikan bagi perolehan secara D&B, iaitu melalui intervensi VM dalam kitar hayat. Skop kajian: Skop kajian awalan bagi penulisan ini adalah hasil pengenalpastian pemboleh ubah ( variables ) bagi nilai projek dari perspektif strategi perolehan projek pembinaan di Malaysia, yang merupakan sebahagian dari penyelidikan yang lebih luas (hasil kajian ijazah tinggi oleh penulis pertama). Skop kajian lanjutan adalah mengenai kajian Value Engineering on Request for Proposal ( VE on RFP ) yang merupakan kaedah peningkatan dalam pemindahan nilai projek yang berkesan daripada pihak kerajaan kepada pihak pembida atau kontraktor bagi projek yang ditender secara sistem perolehan Reka dan Bina ( Design and Build – D&B). Hasil kajian yang sama turut dikongsi di peringkat antarabangsa dan diterbitkan sebagai kertas persidangan Society of Japanese Value Engineers (SJVE) di Tokyo, Jepun pada Oktober 2017 dalam Bahasa Inggeris. Metodologi: Metodologi yang digunakan bagi bahagian awalan kajian ini adalah secara kualitatif iaitu kaedah temu bual dengan 10 orang pakar VM terhadap teori yang diambil dari literatur iaitu pemboleh ubah ( variables ) bagi nilai projek dari perspektif strategi perolehan projek. Bahagian lanjutan kajian ini adalah berasaskan hasil pemerhatian penulis sebagai pakar VM terhadap faedah pelaksanaan kajian VE on RFP . Lanjutan daripada itu, kaedah soal selidik dilaksanakan dengan wakil klien sebagai responden terhadap pengesahan faedah pelaksanaan VE berkenaan dalam projek D&B. Poin nyata ( key knowledge) : 1. 2. 3. Enhancing Value Transition Effectiveness within Design & Build (D&B) Procurement Route of the Malaysian Public Construction Projects Sr Rohanis binti Ab Ghani, Dr. Norhanim Zakaria, Sr Dr. Kho Mei Ye 62 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam QSLINK – Board Quantity Surveyors Malaysia Bulletin, Issue 2, 2016 ) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy