BUKU PENA PAKAR SME

Pelaksanaan inisiatif VM melalui arahan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mencecah tempoh 10 tahun (1 dekad) pemakaiannya dalam program/ projek kerajaan. Mandat melalui arahan kerajaan untuk mewajibkan pelaksanaan VM (program/ projek yang bernilai RM50 juta dan ke atas) merupakan game changer yang merintis amalan tersebut dalam sektor awam. Penyesuaian konteks utama dalam pelaksanaan VM di Malaysia adalah ketetapan tiga (3) intervensi kajian VM di dalam kitar hayat projek iaitu Value Assessment (VA), Value Engineering (VE) dan Value Review (VR). VM telah dapat diinstitusikan di dalam sistem pelaksanaan projek melalui proses pengurusan perubahan ( change management ) contohnya dengan mengintegrasikan VE dalam Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Jabatan Kerja raya (JKR) dan sebagainya. Penyesuaian konteks pelaksanaan VM dalam sesuatu organisasi adalah perkara asas; merangkumi penetapan polisi, kerangka, tadbir urus, dan penyesuaian prosedur, proses, tools dan teknik, pemantauan serta penambahbaikan yang berterusan. Skop kajian: Ringkasan terhadap penyesuaian konteks atau ciri bagi pelaksanaan Pengurusan Nilai atau Value Management (VM) oleh Kerajaan Malaysia, yang telah dikongsi dengan negara luar melalui pembentangan kertas di persidangan antarabangsa dan sesi dialog The Hong Kong Institute of Value Management (HKIVM) International Conference in Promoting and Extending VM Professional Services in Belt and Road Region . Versi asal penulisan yang sama telah diterbitkan oleh Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (IVMM) sebagai artikel IVMM Newsletter pada Disember 2019 dalam Bahasa Inggeris. Metodologi: Kajian dan perbincangan secara konsep ( conceptual discussion ), berasaskan kepada literatur, pemerhatian dan pengalaman oleh penulis sebagai pakar yang terlibat dalam pembangunan dan amalan bidang VM dalam sektor awam. Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. 3. 4. 5. (Artikel ini pernah diterbitkan dalam IVMM Newsletter ( Institute of Value Management Malaysia , 2019) Contextualization of Value Management (VM) Implementation in the Malaysian Public Construction Projects Sr Rohanis binti Ab Ghani, Safarina Rabiah binti Bolhasan 60 Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy