BUKU PENA PAKAR SME

Kontraktor mempunyai tanggungjawab menjaga kepada jiran ( neighbours ) yang terkesan dari kerja pembinaan yang dijalankannya. Pihak yang terlibat dengan pembinaan perlu memahami undang-undang tort terutama mengenai kecuaian ( negligence ), khususnya mengenai pemakaian dan kesannya. Skop kajian: Menyediakan ulasan ke atas kes pembinaan berasaskan perspektif positif untuk menambah baik industri pembinaan secara holistik dengan menekankan isu utama pertikaian, pengajaran yang diperoleh dan amalan terbaik yang boleh diterapkan dalam industri pembinaan. Metodologi: Mengkaji secara terperinci kes pembinaan yang dikemukakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam bentuk ringkasan kes ( case summary ) dan penghakiman asal ( raw judgment ) serta memberi ulasan secara bertulis mengenai keputusan kes mengikut format yang ditetapkan bagi tujuan penerbitan. Ringkasan penulisan: Ulasan telah disediakan ke atas dua (2) kes pembinaan seperti berikut: Kes 1: Shabiru (1990) Sdn. Bhd. v Goh Aik Chin & Anor Kes ini mengenai kerja pembaikan ke atas binaan kedai lama ( pre-war building ) yang mengakibatkan kerosakan kepada binaan yang berdampingan. Isu yang dibincangkan adalah tanggungjawab menjaga ( duty of care ) oleh pihak kontraktor, penyediaan polisi insurans terhadap kerosakan yang boleh timbul dan pemakaian egg-shell skull rule memandangkan bangunan terlibat berada dalam keadaan usang. Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. Kes 2: Malaysian Resources Corporation Berhad v HSBC Bank Malaysia Berhad & 3 Ors and anor case Kes ini mengenai plaintif yang memohon injunksi bagi menyekat defendan melunaskan bon pelaksanaan (dalam bentuk gerenti bank) atau menyekat pihak bank selaku penjamin membuat bayaran, disebabkan kegagalan plaintif menyiapkan projek mengikut kontrak. Isu yang dibincangkan adalah sama ada tindakan defendan adalah tidak berhati perut ( unconscionable ). Isu lain adalah sama ada ujian yang berlainan ( different test ) perlu digunakan dalam keadaan terdapatnya peruntukan rujukan kepada timbang tara dalam kontrak. Pengulas Pakar Penerbitan CIDB Construction Law Report 2019 - Edisi 2020 Sr Maselawati Shamsuddin 53 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam CIDB Construction Law Report 2019 – Edisi 2020) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy