BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Pemakaian kaedah Penentuan oleh Pakar ( Expert Determination - ED) sebagai pendekatan alternatif bagi penyelesaian pertikaian ( Alternative Dispute Resolution - ADR) dalam industri pembinaan Malaysia. Metodologi: Kajian literatur melibatkan penulisan pengamal dalam industri pembinaan mengenai kaedah ED sebagai ADR, khususnya dalam aspek ciri nyata, kebaikan dan keburukan dan pengajaran daripada pemakaiannya. Kajian lapangan juga dilaksanakan melalui sesi temu bual dalam kalangan institusi pembinaan bagi menentukan tahap pemakaian dan kebolehlaksanaannya dalam industri pembinaan di Malaysia. Ringkasan penulisan: Kertas ini bertujuan meneroka potensi pemakaian kaedah ED sebagai ADR dalam industri pembinaan Malaysia. Kertas ini meneliti kaedah ADR utama yang diamalkan di Malaysia dengan merujuk kepada statut, peruntukan syarat- syarat kontrak standard dan institusi yang terlibat dengan penyelesaian pertikaian. Perbandingan ciri-ciri utama kaedah penyelesaian pertikaian berdasarkan kajian literatur menunjukkan ADR boleh diperbaiki dari sudut kecepatan masa dan kos bagi penyelesaian pertikaian pembinaan. Kaedah tradisional seperti melalui timbang tara dan litigasi dilihat bukan lagi menjadi pilihan utama berdasarkan ciri-ciri yang dibincangkan. Memperkenalkan ED sebagai kaedah penyelesaian pertikaian baharu dilihat mampu menyelesaikan pertikaian terutamanya yang bersifat teknikal sebaik sahaja isu tersebut timbul atau terjadi. Isu teknikal merujuk kepada isu kejuruteraan atau pembinaan. Para profesional yang terlibat dalam industri pembinaan dilihat berpotensi sebagai pemberi khidmat utama bagi ED di mana pakar dalam bidang tertentu boleh menyelesaikan pertikaian dengan kos dan tempoh masa seminimum mungkin. ED telah digunakan dengan meluas di US, UK dan Eropah. Dalam dekad terakhir ini, Hong Kong dan Singapura telah menggunakan kaedah ED dalam industri pembinaan negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan pemakaian kaedah ED di Malaysia adalah dengan melibatkan penggubalan Peraturan ED ( ED Rules ), pindaan kepada peruntukan syarat- syarat kontrak standard/ supplemental kepada kontrak tersebut, penentuan organisasi yang mempunyai kuasa melantik pakar (dalam hal pihak-pihak tidak mencapai . Applicability of Expert Determination as Alternative Dispute Resolution in the Malaysian Construction Industry Sr Maselawati Shamsuddin, et al. 51 (Artikel ini pernah dibentangkan di PAQS Congress Kuching , Malaysia, 2019) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy