BUKU PENA PAKAR SME

Pemburuan dan kehilangan habitat pada masa lalu menyebabkan populasi badak sumatera terus menurun hingga ke paras yang sangat rendah. Populasi badak sumatera yang sangat kecil menyebabkan ianya terdedah kepada masalah genetik dan demografi yang menghalang populasinya untuk berkembang atau bertahan dalam jangka masa yang panjang dan akhirnya berlaku kepupusan. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Penulisan ini memberi maklumat asas mengenai kaedah kajian eksploratori spesis hidupan liar di dalam habitat semula jadi menggunakan kaedah trekking dan c amera trapping . Penulisan ini boleh dijadikan asas untuk mengisytiharkan kepupusan spesis badak sumatera di habitat semula jadi di Semenanjung Malaysia yang berdasarkan hasil kajian. Perkara ini menjadi pengajaran dan dapat digunakan bagi tujuan meningkatkan konservasi spesis terancam yang lain yang dipelihara sepenuhnya atau tidak dipelihara sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. 47

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy