BUKU PENA PAKAR SME

Trekking Skop kajian: Spesis badak sumatera ( Dicerorhinus sumatrensis ) dikatakan telah pupus di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat sepanjang sepuluh tahun (2010-2020) bagi mengetahui status spesis ini di dalam dan di luar kawasan sejarah taburannya. Keputusan program ini dapat membantu mengesahkan kepupusan spesis ini atau sebaliknya. Metodologi: Kaedah mengesan dan mengumpul data dijalankan melalui: 1. Ini merupakan kaedah konvensional dengan cara berjalan kaki di kawasan habitat badak sumatera. Laluan trekking sebagai transect line menuju plot persampelan dalam habitat badak sumatera. Pasukan mengesan membuat cerapan melalui pemerhatian secara langsung dan tidak langsung mencari kesan-kesan kehadiran badak sumatera sepanjang transect line dan plot persampelan jika dijumpai. 2. Camera trapping Melibatkan pemasangan dan penarikan perangkap kamera di lokasi plot persampelan dalam habitat badak sumatera. Imej hidupan liar yang dicerap oleh kamera akan menentukan sama ada badak sumatera berada di kawasan habitatnya atau tidak. Poin nyata ( key knowledge ): Tiada sebarang kesan kehadiran spesis badak sumatera yang dapat dijumpai atau dicerap sepanjang transect line termasuk di dalam plot persampelan berbanding spesis mamalia besar yang lain berdasarkan kaedah trekking selama sepuluh tahun (2010-2020) program mengesan ini dijalankan. Tiada sebarang imej badak sumatera yang diperoleh oleh mana-mana perangkap kamera yang telah dipasang. Tiada sebarang kesan badak sumatera yang dapat dicerap melalui kedua-dua kaedah trekking dan camera trapping sepanjang sepuluh tahun (2010-2020) telah mengesahkan mengenai kepupusan spesis ini di habitat semula jadi di Semenanjung Malaysia. Kepupusan spesis badak sumatera di Semenanjung Malaysia telah dijangkakan setelah kali terakhir kesan spesis ini ditemui melebihi sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 2009 dan diketahui spesis ini menghadapi tekanan ancaman pemburuan dan kehilangan habitat yang berterusan. ProgramMengesan Badak Sumatera ( Dicerorhinus Sumatrensis ) Sepanjang Sepuluh Tahun (2010-2020) di Semenanjung Malaysia Mohd Samsudin bin Mohd Suri 46 (Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy