BUKU PENA PAKAR SME

Pendahuluan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016 mengenai Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (SME) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan kepakaran kepada penjawat awam. Pengiktirafan ini akan memberikan inspirasi dalam mengekalkan bakat terbaik atau talent retention dalam Perkhidmatan Awam. Buku Pena Pakar ini merupakan kompilasi penulisan ilmiah pegawai SME Perkhidmatan Awam dari tahun 2016 sehingga tahun 2020. Ia merupakan satu kaedah bagi memperkembangkan pengetahuan ( knowledge extension ) serta mengekalkan pengetahuan ( knowledge retention ) dalam Perkhidmatan Awam. Penulisan ilmiah ini juga merupakan salah satu Penugasan Khas SME atau SME Special Assignment (SSA) yang diwajibkan ke atas pegawai SME setiap tahun selain daripada tugasan hakiki yang ditetapkan di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Buku kompilasi ini memaparkan ringkasan penulisan pegawai-pegawai SME manakala teks penuh penulisan boleh diakses secara digital dengan mengimbas kod QR yang disertakan bagi setiap penulisan. Terima kasih diucapkan kepada 14 orang pegawai SME yang telah menyumbang 34 buah artikel di dalam buku kompilasi ini. Penghargaan juga dizahirkan kepada penerbit asal penulisan yang dinyatakan di setiap artikel dan dijadualkan di akhir buku ini sebagai rujukan. ii

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy