BUKU PENA PAKAR SME

Ketepatan pangkalan data kadaster sedia ada perlu dipertingkatkan dengan pembangunan Rangkaian Kawalan Berketepatan Tinggi, melakukan cerapan berasaskan sudut dalam pelarasan dan seterusnya dikemas kini ke dalam pangkalan data SQL. Metodologi melibatkan rombakan prosedur operasi standard modul aplikasi dan kaedah pelarasan sistem eKadaster harus diberi keutamaan. Skop kajian, metodologi dan sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Sebelum ini, pangkalan data kadaster adalah dalam bentuk peta hardcopy , kemudian ianya ditukar menjadi format digital dan seterusnya dikemas kini dalam pangkalan data projek eKadaster. Dengan pertumbuhan teknologi berasaskan geospatial seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Global Navigation Satellite System (GNSS) ketepatan pangkalan data kadaster sedia ada perlulah dipertingkatkan. Pada dasarnya, pangkalan data sedia ada ini mempunyai ketepatan lokasi yang rendah disebabkan oleh batasan pengukuran, teknik pelarasan dan juga teknologi yang digunakan pada ketika itu. Pada masa lalu, keperluan ketepatan mutlak tidak dititikberatkan dan hanya ketepatan relatif ditekankan. Oleh kerana kaedah ukuran kadaster sedia ada adalah berdasarkan kepada kedudukan relatif, maka wujud propagasi selisih dalam pangkalan data kadaster yang signifikan. Pengurusan pangkalan data kadaster adalah sangat kompleks di mana ia melibatkan pelbagai kategori ketepatan data disebabkan sumbernya berasal dari ketepatan cerapan yang berbeza. Objektif penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan ketepatan pangkalan data kadaster sedia ada melalui pembangunan Rangkaian Kawalan Berketepatan Tinggi, melakukan cerapan berasaskan sudut dalam pelarasan dan seterusnya penambahan maklumat ke dalam pangkalan data Structured Query Language (SQL). Oleh itu, metodologi melibatkan rombakan prosedur operasi standard modul aplikasi dan kaedah pelarasan sistem eKadaster harus diberi keutamaan. Poin nyata ( key knowledge ): 1. 2. Cadastral Database Accuracy Enriching Sr Looi Kam Seng, et al. 40 (Artikel ini tidak pernah diterbitkan sebelum ini) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy