BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Sistem eKadaster telah mula dilaksanakan semenjak tahun 2010 di 13 buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi tujuan penghantaran fail ukur yang telah diukur di lapangan terutamanya oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB), format rekod cerapan dalam bentuk fail JUPEM ASCII/16 ASCII dan JUPEM GNSS/CRM telah ditetapkan sebagaimana yang digariskan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 6 Tahun 2009 (KPUP 6/2009) perenggan 4.7 dan perenggan 4.10. Walau bagaimanapun, ianya tidak menggambarkan secara terperinci struktur dan folder fail rekod cerapan yang perlu diikuti dan dimuat naik secara atas talian bagi membolehkan penerimaan oleh aplikasi JUPEM2U dalam sistem eKadaster. Oleh yang demikian, penulisan ini akan menumpukan struktur dan folder fail asas yang perlu dipatuhi oleh JTB dalam memuat naik rekod cerapan ke JUPEM2U untuk pemprosesan ukuran kadaster seterusnya. Poin nyata ( key knowledge ) dan sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Pengguna sistem eKadaster seperti JTB dapat mengemukakan kerja ukuran secara atas talian bermula dari proses fail dibuka sehinggalah kepada pemprosesan data cerapan dan penjanaan Pelan Akui dan Pelan Tanah bagi tujuan pendaftaran hak milik tanah selaras dengan hala tuju dan strategi MyDigital bagi menambah baik sistem penyampaian kerajaan dengan penggunaan alat digital ( digital tool ). Penghantaran Fail Ukur oleh Juruukur Tanah Berlesen dalam Persekitaran eKadaster Sr Looi Kam Seng 39 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Hari Inovasi INSTUN 2020) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy