BUKU PENA PAKAR SME

Perutusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam i Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai pakar bidang khusus ( Subject Matter Expert - SME) di atas penulisan yang terpilih untuk dikongsi di dalam sebuah buku bertajuk Pena Pakar – Kompilasi Penulisan Ilmiah Pegawai SME Perkhidmatan Awam 2016 sehingga 2020. Buku ini merupakan kompilasi 34 penulisan ilmiah karya 14 orang pegawai SME berdasarkan tujuh (7) tema iaitu Hubungan/ Rundingan Antarabangsa, Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan, Pengurusan Alam Sekitar, Pengurusan Kejuruteraan dan Pembinaan, Pengurusan Projek, Pengurusan Sains Perubatan dan Pengurusan Teknologi Maklumat. Penulisan ilmiah ini merupakan salah satu daripada Penugasan Khas SME ( SME Special Assignment - SSA ). Penerbitan buku ini akan dapat mengekalkan pengetahuan ( knowledge retention ), mengetengahkan bidang, kepakaran dan sumbangan pegawai SME serta memperkasakan budaya menulis dalam kalangan penjawat awam. Sekalung penghargaan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan buku ini. Penilaian komprehensif telah dilaksanakan dengan mendapatkan pandangan dan bantuan daripada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dan Unit Komunikasi Korporat (UKK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta Razak School of Government (RSOG). Syabas kepada Bahagian Perkhidmatan, JPA di atas penghasilan buku ini yang boleh menjadi rujukan kepada agensi awam, swasta dan masyarakat. Semoga usaha ini dapat diteruskan untuk membina masa depan perkhidmatan awam dan Malaysia yang lebih gemilang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy