BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Mengkaji kedudukan Perkara 85(5) Perlembagaan Persekutuan dan amalan-amalan pengurusan tanah Persekutuan di Wilayah Persekutuan. Metodologi: Melaksanakan sorotan literatur dengan menganalisis peruntukan perundangan sedia ada iaitu Perkara 85(5) Perlembagaan Persekutuan, Modifikasi Perlembagaan Persekutuan semasa kewujudan Wilayah Persekutuan, Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 (Akta 349) dan Kanun Tanah Negara (Akta 828), serta peraturan dan pekeliling yang membantu dalam kaedah-kaedah pengurusan tanah- tanah Kerajaan Persekutuan. Poin nyata ( key knowledge ): Hasil kajian mendapati bahawa kedudukan Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain adalah berbeza dalam konteks pengurusan Tanah Persekutuan. Di Wilayah Persekutuan, pihak berkuasa adalah Kerajaan Persekutuan dan tiada entiti Pihak Berkuasa Negeri seperti di negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa dengan kedudukan istimewa Wilayah Persekutuan ini, amalan permohonan tanah, dan perizaban tanah bagi Kerajaan Persekutuan yang diamalkan oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di negeri-negeri lain dipraktikkan juga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya di mana dari segi perundangan adalah suatu perkara yang boleh dielakkan. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Kajian ini akan membantu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memahami kedudukan perundangan yang sedia ada dalam pengurusan tanah kerajaan serta dapat mengurangkan elemen birokrasi yang diatasi oleh perundangan yang sedia ada bagi melancarkan penyampaian perkhidmatan. Coordinating the Functions of the Federal Lands Commissioner in Administering the Lands in the Federal Territories Anesh a/l Ganason 29 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Jurnal Land , Edisi 3, Bil. 1, 2019) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy