BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Mengkaji kedudukan peruntukan, struktur institusi jawatan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan serta bagaimana pengasingan jawatan tersebut akan membantu dalam pengurusan pentadbiran tanah Kerajaan Persekutuan yang lebih efisien. Metodologi: Melaksanakan sorotan literatur dengan menganalisis peruntukan perundangan sedia ada iaitu Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 (Akta 349) dan Kanun Tanah Negara (Akta 828), serta peraturan dan pekeliling yang membantu dalam kaedah-kaedah pengurusan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan. Kemudian, maklumat dikolaborasi dengan sesi temu ramah bersama beberapa pegawai kanan dalam jabatan yang menguruskan hal ehwal tanah-tanah Persekutuan. Poin nyata ( key knowledge ): Hasil kajian mendapati bahawa wujud limitasi perundangan terhadap tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) untuk mengatasi Kementerian Jabatan Pengguna dalam menentukan perancangan tanah-tanah Kerajaan Persekutuan. Kedudukan peruntukan perolehan tanah di setiap agensi Kerajaan Persekutuan menyebabkan banyak perancangan perolehan tanah tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Hasil kajian turut mendapati wujud keperluan pengasingan jawatan PTP dan jawatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (KPTG) bagi membolehkan organisasi memfokuskan pengurusan tanah Kerajaan Persekutuan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah negara secara keseluruhan. Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Kajian ini akan membuka ruang kepada kajian-kajian masa hadapan bagi melihat keperluan penstrukturan semula institusi yang menguruskan tanah-tanah bagi Kerajaan Persekutuan supaya penggunaan tanah Kerajaan Persekutuan dapat dioptimumkan serta mengelakkan tanah-tanah yang diperoleh dengan menggunakan dana awam dibiarkan kosong tanpa sebarang pembangunan yang dapat menjana hasil atau pulangan semula kepada rakyat. A Proposal for Rebranding the Functions of the Federal Lands Commissioner and the Department of Director General of Lands and Mines Anesh a/l Ganason 28 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Jurnal Land , Edisi 3, Bil. 1, 2019) Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy