BUKU PENA PAKAR SME

Skop kajian: Meneliti prosedur permohonan pembangunan tanah yang sedia ada selaras dengan Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan apakah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Metodologi: Melaksanakan sorotan literatur dengan menganalisis peruntukan sedia ada, Kaedah-kaedah Tanah Negeri, dan Akta Perancangan Tempatan. Setelah itu, satu (1) soal selidik kepada semua Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dilaksanakan untuk mendapatkan respons kepada kedudukan semasa perundangan dan cadangan untuk menggabungkan beberapa permohonan pembangunan tanah. Poin nyata ( key knowledge ): Hasil kajian mendapati aspek utama yang perlu dilihat adalah kuasa-kuasa melulus permohonan pembangunan tanah. Dalam peruntukan sedia ada, wujud pengasingan kuasa antara Pihak Berkuasa Negeri dan Pentadbir Tanah mengikut permohonan. Cadangan penggabungan beberapa permohonan dan memusatkan kuasa melulus didapati akan melambatkan proses. Hasil kajian juga mendapati bahawa dengan hanya menggunakan kaedah serah balik dan mohon semula bagi semua permohonan pembangunan tanah akan mengakibatkan tuan tanah perlu mengeluarkan kos yang banyak dengan penyediaan pelan dan keperluan perunding perancangan bagi mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sumbangan penulisan kepada bidang ilmu, perkhidmatan awam dan masyarakat: Kajian ini akan membuka ruang kepada kajian-kajian masa hadapan bagi menyokong atau menolak keperluan satu (1) perundangan yang amat rigid bagi mengawal permohonan pembangunan tanah atau ia perlu diacu dengan perundangan yang menyokong self- regulation . Imbas kod QR atau klik pada tajuk untuk dapatkan artikel penuh The Need to Streamline Land Development Applications within the National Land Code 1965 Anesh a/l Ganason 27 (Artikel ini pernah diterbitkan dalam Jurnal Land , Edisi 4, Bil. 1, 2020)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy