Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

BAHAGIAN GAJI DAN ELAUN PENGENALAN Pada tahun 2024, bagi meningkatkan kefahaman berkenaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dan memperbaiki hubungan majikan-pekerja agar penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, teratur dan harmoni, Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) telah meneruskan usaha untuk mengukuhkan sistem saraan melalui sesi libat urus antara kementerian/ Jabatan/ Agensi yang terlibat. Antara pencapaian penting bagi tahun 2024 adalah seperti berikut: A. Pencapaian 1 Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) adalah salah satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk membincang, menimbang dan memutuskan perkara-perkara berkaitan dasar-dasar sumber manusia dalam perkhidmatan awam. YBhg. Tan Sri KPPA adalah setiausaha kepada mesyuarat ini dan diurussetiakan oleh BGE. Mesyuarat JKK-PPA telah diadakan sebanyak empat kali termasuk tiga mesyuarat yang diadakan bersekali dengan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA). Mesyuarat JKK-PPA Bilangan 4 yang diadakan pada 3 Disember 2024 di Parlimen Malaysia turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II. B. Pencapaian 2 Memperbaiki Hubungan Majikan-Pekerja Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) pada 14 Ogos 2024 yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, telah membentangkan laporan pemantauan bagi pelaksanaan MBJ sepanjang tahun 2023. Segmen perkongsian amalan terbaik berkaitan pengurusan pelaksanaan MBJ daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Sembilan turut diadakan dalam persidangan ini. Di samping itu, sijil penghargaan diberikan kepada setiap agensi yang berjaya melaksanakan mesyuarat MBJ sebanyak tiga kali mengikut tempoh yang ditetapkan bagi menghargai komitmen agensi berkenaan. Sejumlah 570 agensi layak menerima sijil tersebut bagi pelaksanaan MBJ tahun 2023. 097 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy