Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
Program Road to Excellence: Seni dan Budaya (Centre) yang diadakan pada 17 Februari 2024 di Paris Program Road To Excellence : Sukan Dan Rekreasi Program Road To Excellence : Sukan Dan Rekreasi berlangsung pada 20-21 April 2024 di Grenoble dengan kerjasama MASAF dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris. Program ini telah dihadiri hampir 200 pelajar Malaysia yang majoritinya pelajar tajaan JPA. Program ini mempromosikan gaya hidup sihat serta semangat kesukanan dan kebersamaan. PPL di Chennai, India Lawatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik India TYT Dato’ Muzafar Shah Mustafa, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik India telah mengadakan lawatan kerja ke Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai pada 13 hingga 15 Disember 2024. Kemuncak program adalah Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India bersama Diaspora Malaysia di Chennai yang turut dihadiri oleh pelajar M a l a y s i a dari MSU, B a n g a l o r e , serta pelajar di sekitar Chennai. Program Mendampingi Rakyat Malaysia Pejabat PPL Chennai telah melaksanakan Program Mendampingi Rakyat Malaysia dan Konsul Jeneral Malaysia Chennai di Belgaum, Karnataka sebagai inisiatif mengeratkan hubungan dua hala. Program ini memberi peluang kepada pelajar Malaysia dan ibu bapa untuk berinteraksi, berkongsi idea serta pengalaman. Penglibatan Konsul Jeneral dijangka dapat mempermudah urusan kebajikan dan pengurusan pelajar secara lebih efektif. 096 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy