Laporan Tahunan JPA Tahun 2024

Sesi Libat Urus dan Program Pembangunan Pelajar PPL Tokyo telah mengadakan tiga sesi libat urus iaitu bersama Kolej Teknikal Jepun Yamaguchi dan Universiti Okayama, Universiti Fukushima dan Universiti Shiga. Sesi libat urus diadakan untuk meningkatkan hubungan kerjasama dan persefahaman antara Pejabat PPL Tokyo dengan pihak berkepentingan melalui sesi perbincangan serta perkongsian pendapat berhubung pengurusan dan isu pelajar Malaysia khususnya tajaan JPA di Jepun. Dalam pada itu, sesi program pembangunan akademik dan sahsiah turut dilaksanakan bagi membimbing pelajar melalui pemantauan akademik dan sahsiah. PPL di Paris, Perancis PPL Paris menganjurkan program-program pembangunan pelajar dengan kerjasama organisasi seperti Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Paris, Pejabat MARA Frankfurt, MERCY Humanitarian UK, Kedutaan Besar Malaysia di Paris, Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF), Persatuan Pelajar Malaysia di Jerman (MGSS) dan Pejabat PPL Frankfurt. Road To Excellence: Seni Dan Budaya (Centre) Program Road to Excellence: Seni dan Budaya (Centre) bertemakan Festival Seni Malaysia berlangsung pada 17 Februari 2024 di Paris dan dirasmikan oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Perancis, Shahril Effendi bin Abdul Ghani. Program yang dianjurkan oleh Pejabat PPL Paris bersama Persatuan Pelajar Malaysia di Perancis (MASAF) dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris ini telah menghimpunkan sekitar 150 pelajar dan jemputan. Program ini memupuk kemahiran interpersonal, kepimpinan, dan kerjasama pelajar serta mempromosikan kepelbagaian seni dan budaya Malaysia. 095 Laporan Tahunan 2024

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy