Laporan Tahunan JPA Tahun 2024
2 nd MPM-OECD Asia Public Service Network Meeting Program yang dianjurkan oleh Ministry of Personnel Management, Korea merupakan satu platform yang mengumpulkan pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan perkhidmatan awam untuk berkongsi amalan terbaik dalammengendalikan pembangunan sumber manusia di negaramasing-masing. Program ini telah diadakan pada 20 November 2024 yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dan delegasi yang membentangkan kertas kerja bertajuk Building a Culture of Performance and Impact in the Public Service . PPL di Tokyo, Jepun Malaysia Japan Visionary Conference (MJVC 2024) MJVC 2024 ialah persidangan akademik yang bertujuan memperkukuh kerjasama penyelidikan antara Malaysia dan Jepun dalam penciptaan pengetahuan dan inovasi. Persidangan yang diadakan pada 14 hingga 16 September 2024 di University of Tokyo ini telah menghimpunkan 180 peserta akademik dari kedua-dua negara dan dirasmikan oleh TYT Dato’ Duta Besar Malaysia ke Tokyo, YBhg. Dato’ Shahril Effendi bin Abdul Ghani. Persidangan ini disokong oleh pelbagai institusi termasuk Talentcorp, JAGAM Japan Branch, UTM, SOKA University, Malaysia Japan Society, ALEPS, STEPAN, UNESCO, dan IMAN Japan. Malaysia Japan Visionary Conference (MJVC 2024) yang diadakan pada 14 hingga 16 September 2024 di University of Tokyo MSAJ Career Fair 2024 Program MSAJ Career Fair merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Malaysia Student Association of Japan (MSAJ). Penganjuran kali ini merupakan kolaborasi rapat antara pelbagai pemegang taruh dan berjaya mengumpulkan 23 syarikat menyertai program ini. TYT Dato’ Shahril Effendi bin Abdul Ghani, Duta Besar Malaysia ke Tokyo turut meluangkan masa untuk merasmikan program MSAJ Career Fair . 094 Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy